Recent Post

Terawih kedua malam ni ....


Lega rasanya , dalam kesibukan abgcek dengan aktiviti harian , dapat juga abgcek luangkan masa untuk solat terawih, walaupun aku buat sorang-sorang kat rumah , tak pe, harap solat aku diterima. Malam ni adalah malam kedua aku solat terawih , tahun lepas aku tak solat terawih langsung walau satu malam , nak wat camna , ada anak kecil tak leh tinggal, tapi syukur Ramadhan tahun ni aku dah solat 2 malam .

Fadilat solat terawih ni cukup tinggi , tambahan lagi malam pertama, berdoa lah nak doa apa pun , moga dimakbulkan , nak tahu fadilat solat terawih sehingga 30 malam Google sendirilah abgcek bukan tau sangat , tapi yg aku tau memang besar pahalanya . Aku harap dapat habiskan solat terawih ni sehingga malam terakhir Ramadhan.
Baca Lagi........

Aku bersorangan kat tempat kerja...


Tension juga bila gred jawatan kita , nampaknya kita berseorangan kat tempat kerja , maksud aku gred jawatan kita , kita sorang je. Tak ada orang lain dah , kalau ape-ape kita aje yang kena. Aku bertugas sebagai pakar komputer  dan sistem ( pentadbir sistem komputer ) kat tempat keje aku tu , tapi sekarang ni aku dah semakin tak seronok keje, tak tau kenape.


Pergi meeting pun kena ugut itu dan ini , ugut nak kena tukar le ,ugut nak stop gaji dan macam2 lagi , mentang-mentang le depa gred jawatan besar , asyik nak ugut orang bawahan je, asyik minta surat tunjuk sebab le dan macam-macam lagi.

Kekadang aku fikir nak mintak tukar tempat lain je, tapi takut juga nanti keluar kandang harimau masuk kandang buaya ha ha . Kalau le aku ade bisnes yg betul stabil  dan pendapatan tetap , aku memang berhenti kerja kerajaan ni , dah tak tahan dah .

Tapi aku tetap bersyukur sbb Allah bagi rezki melaui keje kerajaan juga .

Baca Lagi........

Selamat berbuka puasa hari pertama puasa ni ......





Ehem ..buka puasa pertama hari ni , selalunya orang yang jauh di perantauan akan balik berbuka puasa di runah keluarga pada puasa pertama, betul tak !! Kat tempat keje abgcek pun ramai yang ambik cuti panjang sbb nak berbuka bersama keluarga tersayang. 


Aku yg duduk dekat dengan keluarga ni yg tak tak balik ke rumah keluarga nak berbuka puasa, bukan apa dah 5 minit saja boleh sampai ke rumah keluarga, kan !! Jauh dimata dekat dihati tapi kalai dekat di mata jauh pula di hati . 


Jadi selamat berbuka puasa kepada semua muslimin dan muslimat di mana jua anda berada !!

Baca Lagi........