Recent Post

Blogwalking oh blogwalking

1. Kalau sehari abgcek tak blogwalking tentu tak dak sapa nak masuk blog ni , tentu sekali abgcek nak kena klik klik iklan kawan2 dulu baru kawan2 klik abgcek punya , tu pun kalau sudi, kalau ihlas.

2. Dan dah tentu abgcek kena komen entri anda dulu baru lah tergerak hati anda nak komen, dah tentu abgcek nak kena komen cbox anda dulu baru anda rasa nak komen kat cbox abgcek, kan ?

3. Dah tentu abgcek nak kena ping entri ke busuk.org dan ping website yang lain , facebook? Memang abgcek ada ping entri ke facebook , dan twitter tapi masuk tak banyak, yang masuk banyak adalah dari busuk .

Itu saja untuk petang ni , jagan lupa menderma untuk abgcek.....ikhlas je , tak ikhlas tak yah derma le.....

----------
Sent from my Nokia phone
Baca Lagi........

Derma-menderma , ini saja cara abgcek nak naikkan credit dalam Nuffnang !

Menderma
1. Menderma ? Ini saja cara abgcek nak naikkan credit dalam nuffnang , abgcek blogwalking ke blog sahabat , dan menderma , tolong orang , orang akan tolong kita balik , lambat atau cepat  tu terpulanglah kepada keikhlasan masing-masing.

2. Antara ayat-ayat yang sering digunakan semasa blogwalking :

' singgah sini '  ' menderma sini '  ' tergolek kat sini '  ' menabung kat sini '  dan antara ayat-ayat yang selalu saya guna ,  ' derma sini 1 kali '

3. Blogwalking ini bagus juga untuk meramaikan kenalan dan boleh le tolong klik-klik ( ini atas keikhlasan masing-masing. )
Baca Lagi........

Blog araublogger.com kena jangkitan Malware, abgcek tak tau nak wat cam na ..

malware dari melvister

Blog  araublogger.com kena jangkitan malware , tak tau nak wat camna , seronok le kalau belum kena, semalam dah buang semua , link melvister semua kena, visitor pun kurang nak wat camna , tapi hari ada dua payment masuk akaun saya , satu dari says.my dan satu lagi dari exabytes kat penang sana, pening kepala sebab entri kena check semua , dah tentu check satu persatu .

Nak buat macamana hidup mesti diteruskan , nak wat camna ini belog cari makan , dengan duit tu lah abgcek boleh makan , terpaksa teruskan blogging dengan belog kedua ni kan ? Tapi ini belog personal hak kawan, boleh derma-menderma klik-mengklik dapat duit raya sakan . Sekian saja entri pertama dari abgcek . Araublogger ? Hurrrm .....tak tau apa nak jadi .
Baca Lagi........

Terawih kedua malam ni ....


Lega rasanya , dalam kesibukan abgcek dengan aktiviti harian , dapat juga abgcek luangkan masa untuk solat terawih, walaupun aku buat sorang-sorang kat rumah , tak pe, harap solat aku diterima. Malam ni adalah malam kedua aku solat terawih , tahun lepas aku tak solat terawih langsung walau satu malam , nak wat camna , ada anak kecil tak leh tinggal, tapi syukur Ramadhan tahun ni aku dah solat 2 malam .

Fadilat solat terawih ni cukup tinggi , tambahan lagi malam pertama, berdoa lah nak doa apa pun , moga dimakbulkan , nak tahu fadilat solat terawih sehingga 30 malam Google sendirilah abgcek bukan tau sangat , tapi yg aku tau memang besar pahalanya . Aku harap dapat habiskan solat terawih ni sehingga malam terakhir Ramadhan.
Baca Lagi........

Aku bersorangan kat tempat kerja...


Tension juga bila gred jawatan kita , nampaknya kita berseorangan kat tempat kerja , maksud aku gred jawatan kita , kita sorang je. Tak ada orang lain dah , kalau ape-ape kita aje yang kena. Aku bertugas sebagai pakar komputer  dan sistem ( pentadbir sistem komputer ) kat tempat keje aku tu , tapi sekarang ni aku dah semakin tak seronok keje, tak tau kenape.


Pergi meeting pun kena ugut itu dan ini , ugut nak kena tukar le ,ugut nak stop gaji dan macam2 lagi , mentang-mentang le depa gred jawatan besar , asyik nak ugut orang bawahan je, asyik minta surat tunjuk sebab le dan macam-macam lagi.

Kekadang aku fikir nak mintak tukar tempat lain je, tapi takut juga nanti keluar kandang harimau masuk kandang buaya ha ha . Kalau le aku ade bisnes yg betul stabil  dan pendapatan tetap , aku memang berhenti kerja kerajaan ni , dah tak tahan dah .

Tapi aku tetap bersyukur sbb Allah bagi rezki melaui keje kerajaan juga .

Baca Lagi........

Selamat berbuka puasa hari pertama puasa ni ......





Ehem ..buka puasa pertama hari ni , selalunya orang yang jauh di perantauan akan balik berbuka puasa di runah keluarga pada puasa pertama, betul tak !! Kat tempat keje abgcek pun ramai yang ambik cuti panjang sbb nak berbuka bersama keluarga tersayang. 


Aku yg duduk dekat dengan keluarga ni yg tak tak balik ke rumah keluarga nak berbuka puasa, bukan apa dah 5 minit saja boleh sampai ke rumah keluarga, kan !! Jauh dimata dekat dihati tapi kalai dekat di mata jauh pula di hati . 


Jadi selamat berbuka puasa kepada semua muslimin dan muslimat di mana jua anda berada !!

Baca Lagi........

SBPA NAJIB BUAT PENGUMUMAN 12 MAC 2012


SBPA  NAJIB BUAT PENGUMUMAN 12 MAC 2012 |
Dato' Sri Najib dijangka buat pengumuman penting pada 12 Mac 2012 kepad semua penjawat awam tentang SBPA. Pengumuman ini diharap merungkaikan kemelut dan ketidakpuasan hari tentang skim SBPA sebelum ini.

Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan 45 minit dengan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

"Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam," katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu.

Omar berkata Cuepacs sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dan mendengar cadangan demi kebaikan penjawat awam.

"Pertemuan hari ini menyentuh mengenai secara keseluruhan apa tuntutan serta pandangan yang dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu SBPA," katanya.

Omar berkata Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac depan.-ceupacs.blogspot.com

p/s : Harap-harap betul khabar angin kata gred SPM naik RM1000, Gred Diploma naik RM1500 , Gred Ijazah naik RM2000, Gred JUSA naik RM2500.
Baca Lagi........

Terkini : Konsert Erykah Badu dibatal


Terkini : Konsert Erykah Badu dibatal | Memang patut konsert Erykah Baidu dibatal sebab menyentuh sensitiviti umat Islam negara ini.

Konsert penyanyi wanita Amerika, Erykah Badu yang dijadual berlangsung di ibu negara malam ini dibatalkan kerana melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Tumblr beliau berkata, persembahan itu juga dibatalkan kerana melanggar syarat-syarat kelulusan iaitu menyentuh sensitiviti agama, bangsa serta nilai budaya masyarakat Malaysia.

Erykah Badu yang berasal dari Dallas, Texas pernah memenangi anugerah Grammy dan dijadual membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini. Erykah sudah pun berada di Kuala Lumpur sejak Ahad lalu.

Rais berkata, perbuatan artis itu meletakkan tulisan kalimah Allah di badan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan merupakan kesalahan yang serius.

"Perlanggaran syarat ini telah menimbulkan bantahan masyarakat yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan memberi impak negatif kepada imej kerajaan," katanya.-kosmo

p/s : Batal terus je artis luar ni  sebab mereka bawa budaya tak elok.
Baca Lagi........

Cara Kira Berat Indeks Tubuh Anda (BMI)

Cara Pengiraan Berat Indeks Tubuh Anda ( BMI ) | Berlebihan berat badan adalah disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk yang diwarisi atau diperolehi (dilakukan) sendiri. Ciri nyata yang menandakan berlebihan berat badan ini ialah memiliki lemak badan yang berlebihan. Rawatan serta pengurusan jangka panjang diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan penurunan berat badan. Pengambilan kalori yang berlebihan serta kurang bersenam merupakan penyebab utama seseorang itu mengalami penambahan berat badan.



Apabila kalori diambil berlebihan, bakinya akan ditukarkan menjadi lemak tepu yang akan meningkatkan lagi kolesterol dalam darah. Setiap orang perlu memberi perhatian yang serius terhadap berat badan mereka. Mengekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda merupakan cara yang paling penting untuk mengekalkan badan yang sihat dan menarik.

Petua Mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI)

Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi – Indeks Jisim Tubuh (BMI): Berat tubuh badan (KG) bahagi Ketinggian (M) kali Ketinggian (M)

Contoh : Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m Mula-mula, kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336 Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan BMI anda, yang mana jawapannya ialah 22.6 Mari lihat carta BMI di bawah. Sekiranya BMI anda :

* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan

* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal

* 25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan

* 30 dan keatas,anda adalah obesiti

P/S - Secara normalnya, kita perlu memastikan bahawa BMI kita mencapai antara 20-24.9 bagi mencapai tahap kesihatan jisim tubuh yang baik. Elakkan juga dari makan makanan yang mengandungi lemak dan kolestrol yang tinggi. Sumber awaksihat.com
Baca Lagi........

Pelik !! Wanita Makan 5 Ekor Ayam Hidup Setiap Hari

Pelik !! Wanita Makan 5 Ekor Ayam Hidup Setiap Hari |
Daging ayam sudah diletakkan sebagai salah satu makanan ruji dalam piramid makanan kesihatan kepada manusia.

Setiap hari, kita pasti akan menggunakan ayam sebagai menu utama dalam masakan kita tidak kira apa jenis lauk pauk yang dihidangkan.

Pun begitu, sukar untuk penulis bayangkan apabila seorang wanita pelik sanggup makan ayam hidup-hidup sebagai makanan hariannya tanpa disembelih dan dicabut bulunya terlebih dahulu!

Miskaulah, 38, berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih.

Malah, Miskaulah juga didakwa mampu memakan ayam hidup sebanyak lima ekor setiap hari!

Dia dikatakan perlu untuk memakan ayam hidup sebagai memenuhi nafsu gila dan peliknya itu.

Ini sememangnya benar-benar pelik memandangkan kita sebagai orang Islam, perlu menyembelih ayam terlebih dahulu dan membersihkan segala kekotoran yang ada sebelum dimasak.

Jangan pula kita mengamalkan ‘nafsu’ seperti ini. Sumber mynewshub.my
Baca Lagi........

Pelik Tapi Benar : Pelajar boleh bertutur pelbagai bahasa selepas kemalangan

Pelik Tapi Benar : Pelajar boleh bertutur pelbagai bahasa selepas kemalangan |


BESUT – Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemala-ngan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.

Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.

Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.

“Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya pakai topi keledar,” katanya.

Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Kata Ismail, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya.

Bagaimanapun katanya, ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah beku tidak ada lagi.

“Bagi mengesahkan perkara itu, doktor HUSM mengulangi ujianebanyak tiga kali namun ternyata darah beku dikesan peringkat awal memang tidak ada,” katanya.

Bercakap bahasa Korea selepas terjaga dari tidur

Ismail berkata, pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea.

Katanya, anaknya itu meminta air daripada ibunya dalam bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan Noraini.

“Kami sekeluarga tidak faham maksudnya dan langsung tidak tahu bahasa Korea kerana ia mirip bahasa Cina tetapi selepas dia menunjukkan isyarat ingin minum air baru ibunya beri air,” katanya.

Kata Ismail, selain Korea dia juga kadang-kadang bertutur dalam bahasa Mandarin dan paling aneh lagi ketika dia berbahasa tersebut dia langsung tidak akan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Pada mulanya, Ismail dan keluarga meragui maksud bahasa yang dituturkan itu betul atau tidak tetapi apabila Noraini menonton cerita Korea di televisyen, dia dapat menterjemahkan cerita tersebut dengan tepat seperti sarikata dipaparkan pada skrin televisyen yang ditutup dengan tangan oleh ahli keluarganya.

Menurut Noraini, seorang doktor pakar berbangsa Cina di HUSM yang menjalankan rawatan susulan ke atasnya baru-baru ini juga menganggap kejadian dia boleh bertutur bahasa Cina juga aneh malahan kejadian itu pertama kali ditemuinya semenjak 17 tahun bertugas sebagai doktor.

“Doktor itu minta saya membaca nombor dalam bahasa Cina dan apa yang saya sebut adalah benar,” katanya.

Tidak boleh bercakap loghat Kelantan

Satu lagi keanehan pada Noraini ialah dia kini bertutur bahasa baku sepenuhnya malahan dia langsung tidak boleh bercakap loghat Kelantan lagi seperti pertuturan hariannya sebelum ini.

Menurutnya ibunya, Masina Daud, 48, sejak kemalangan anak keenam daripada tujuh beradik itu hanya boleh bercakap bahasa Melayu standard (baku) seperti loghat Kuala Lumpur sahaja manakala bahasa Kelantan sekarang dia boleh menyebut beberapa perkataan, seperti ‘mok’ dan ‘ayah’.

“Sebelum ini dia nak sebut perkataan mok (emak) memang langsung tidak boleh tetapi kalau perkataan Mama lancar. Saya pun hairan bagaimanana pertuturan boleh berubah,” katanya.

Dalam pada itu Noraini berkata, sejak belakangan ini dia hanya bertutur dalam bahasa Cina atau Korea sekiranya dia tidur semula selepas menunaikan solat Subuh.

“Kalau saya tidur semula selepas solat Subuh pasti apabila bangun saya tidak boleh langsung bercakap bahasa Melayu sebaliknya hanya boleh bertutur dalam bahasa Korea yang berlarutan sehingga jam 11 pagi pada hari sama sebelum boleh bertutur semula bahasa Melayu.

“Kalau saya tidak tidur selepas solat Subuh saya tidak akan bercakap korea,” katanya yang juga hairan dengan perubahan yang dialami.

Katanya, dia memahami bahasa Korea atau Cina di kaca televisyen hanya ketika dia boleh bertutur bahasa tersebut tetapi apabila ketika boleh bercakap bahasa Melayu, dia langsung tidak faham makna bahasa berkenaan.

Jalani rawatan alternatif

Bapanya pula agak tertekan dengan masalah yang dihidapi anaknya dan sudah beberapa kali dia membawa anaknya menjalani rawatan alternatif namun setakat ini tidak berhasil.

Kata Ismail, lebih memeritkan keadaan kerana boleh dikatakan setiap hari sama ada sebelum atau selepas Maghrib, Noraini akan tiba-tiba diserang sakit kepala menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Hospital Besut untuk mendapat suntikan.

“Sekarang hampir setiap hari saya terpaksa membawa dia mendapat suntikan kerana Noraini tidak akan sedarkan diri jika lambat dibawa ke hospital,” katanya yang tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini.

Ismail merayu orang ramai atau ahli perubatan alternatif untuk tampil membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi anaknya kerana dia tidak berkemampuan untuk lebih kerap membawa anaknya mendapatkan rawatan.

Ismail menetap di alamat 2672, Kampung Baru Gong Medang dekat Tembila dekat Kampung Raja.-Kosmo
Baca Lagi........

Akibat Lampin Pakai Buang – Pesawat Mendarat Kecemasan

Akibat Lampin Pakai Buang – Pesawat Mendarat Kecemasan | Lampin pakai buang yang tersangkut di dalam lubang tandas telah menyebabkan penerbangan pesawat kapal terbang Qantas 825 yang dalam perjalanan dari Darwin ke Brisbane tertunda dan terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Mount Isa pada Ahad.

Keadaan itu berlaku selepas penumpang dan kakitangan penerbangan mengadu telah mengidu bau busuk yang disangkanya datang dari kabin.

Namun selepas disiasat barulah mereka mengetahui bahawa bau itu datangnya dari lubang tandas akibat tersumbat dengan lampin pakai buang bayi.

Ketika kejadian, terdapat 161 penumpang dan mereka terpaksa dibawa turun daripada pesawat dengan menaiki forklift memandangkan lapangan terbang Mt Isa tidak mempunyai kemudahan untuk pesawat kapal terbang jenis Boeing 767 itu.

Ia mengambil masa selama dua jam untuk membawa turun penumpang kerana forklift itu hanya mampu memuatkan lima orang pada satu-satu masa.

Walau harganya hanya beberapa sen, tetapi lampin pakai buang cukup untuk buatkan kapal terbang yang besar untuk mendarat cemas. Hahaha.

Sementara Qantas pula terpaksa menyediakan pesawat kapal terbang lain untuk membawa penumpang ke Brisbane, namun bagasi mereka terpaksa ditinggalkan dalam penerbangan 767 itu kerana Lapangan Terbang Mount Isa itu tidak mempunyai keupayaan untuk memindahkannya.

Kejadian berkenaan bagaimanapun tidak mencetuskan kemarahan penumpang sebaliknya mereka menyuarakan rasa puas hati dan sokongan terhadap Qantas.

“Saya dimaklumkan oleh salah seorang kakitangan bahawa tandas tersebut bocor.

“Mereka melakukan yang terbaik untuk memberikan kemudahan kepada kami termasuk membelikan Pizza di Mount Isa,” kata salah seorang penumpang.

Alahai, siapalah yang gamaknya bertindak tidak bertanggungjawab dengan membuang lampin pakai buang bayi kat lubang tandas pesawat kapal terbang. Paham-paham je la yang tandas tu kecik. Kan ada tong sampah khas untuk lampin pakai buang bayi. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tapi alhamdullilah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Hidup di dunia ni kena fikir orang lain juga. Jangan ikut sedap hati je tau.Sumber mynewshub.my
Baca Lagi........

Lembu Gergasi Paling Berat Dan Terbesar Di Dunia


Lembu Gergasi Paling Berat Dan Terbesar Di Dunia (Luar Biasa) | Rata-rata daripada pernah menonton rancangan program yang memaparkan sukan berbahaya iaitu orang yang paling lama bertahan di atas seekor seladang. Akibat daripada aktiviti tersebut, ramai yang telah terkorban, tercedera akibat tercampak kerana seladang merupakan haiwan yang sangat agresif. Namun terdapat seekor  lembu gergasi jantan seakan-akan seekor serdang yang beratnya lebih 1,587 kilogram (kg) dan berusia lapan tahun dipercayai bukan sahaja paling berat di Britain, tetapi mungkin juga di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Lembu gergasi itu memiliki berat 1,587kg selepas ia ditimbang pada tahun lalu tetapi berat sebenar lembu tersebut pada tahun ini masih belum diketahui. Lembu gergasi berjantina jantan tersebut akan ditimbang semula pada satu pertandingan amal yang meminta orang ramai meneka berat lembu gergasi itu.

Pemilik lembu itu, Arthur Duckett, 79, tidak menyatakan jumlah sebenar berat lembu gergasi itu tetapi memberitahu ia lebih berat pada tahun lalu. “Dia (lembu itu) masih membesar. Lembu itu seekor haiwan yang baik. Saya menyukainya,” kata Duckett.

Menurutnya, dia mencabar orang ramai untuk meneka berat sebenar lembu gergasi itu pada pertandingan amal di North Petherton, Somerset pada 7 Disember ini.

p/s - Lembu gergasi sebesar ini kalau dibuat korban raya haji, mesti satu kampung makan tak habis. Hehe, Namun tidak semua tempat mempunyai lembu sebesar ini. Mungkin atas faktor genetik, cuaca yang menyebabkan lembu jenis ini mampu membesar sebesar ini. Sumber : melayukini.net
Baca Lagi........

Video Kenderaan polis Mitsubishi Evo 10 mengejar Proton Satria GTi dan Wira


Video Kenderaan polis Mitsubishi Evo 10 mengejar Proton Satria GTi dan Wira |
Hari tu tengok 999 di TV3. Kejar mengejar antara polis dan penjenayah yang awesome juga terdapat di Malaysia. Kami harap lebih banyak pendedahan video seperti ini supaya meningkatkan celik rakyat terhadap tugas PDRM.Tengok video ni ....
Sumber dari mediamalaya.com
Baca Lagi........

Pelik! Harimau Yang Suka Makan Dalam Air (5 Gambar)

Pelik! Harimau Yang Suka Makan Dalam Air (5 Gambar) | Odin, harimau putih di sebuah zoo di San Francisco mempunyai satu hobi pelik iaitu suka makan di dalam air berbanding makan di darat seperti harimau-harimau lain. Odin sangat gemar menyelam mengambil daging yang dicampakkan oleh penjaganya ke dalam air. Kini Odin diletakkan dalam sangkar khas yang lutsinar supaya pelancong dapat melihat aksi Odin yang menyelam sambil makan daging tu. Jom kita saksikan gambar harimau Odin menyelam untuk mendapatkan makanan yang diberikan oleh petugas Zoo.



p/s- Huhu, comel betul harimau Odin ini. Dah elok-elok beri makan kat atas darat, seboleh-boleh nak makan kat dalam air. Odin mempunyai kuasa luar biasa yang mana ia mampu bernafas sambil memakan daging yang agak mustahil sebenarnya. Bayangkan bagaimana sambil dia mengunyah, sambil itu, dia akan menarik nafas. Tak ke air akan masuk ke dalam hidung..Sumber baikpunyer.com
Baca Lagi........

Pelik! Kemesraan Budak Ular Sawa

Pelik! Kemesraan Budak Ular Sawa | Seorang kanak-kanak telah menjadikan haiwan berbahaya iaitu ular sawa sebagai haiwan peliharaannya. Semasa kanak-kanak tersebut berusia 3 tahun, bapanya menemui seekor ular sawa di dalam rumah mereka. Bapanya membawanya balik ke dalam hutan tetapi ular sawa tersebut kembali semula pada hari berikutnya. Kini, ular sawa tersebut telah menjadi salah seorang ahli dalam keluarganya.

Bagaimanapun, ular sawa tersebut langsung tidak bertindak ganas, malah dia seperti seolah-olah sangat menyayangi budak kecil tersebut. Pelik! Tetapi itulah penangan ular sawa yang jinak. Jom kita lihat gambar-gambar kemesraan budak dan ular sawa itu.


P/S - Berani betul budak kecil ini pelihara seekor ular sawa yang sangat-sangat berbahaya. Walaupun jika dilihat ular sawa ini begitu jinak, adakalanya budak kecil ini perlu berhati-hati, manalah tahu ular tu tiba-tiba datang bulan, moody la katakan.. Hoho.. Habislah kena makan budak tu..-Melayukini.net
Baca Lagi........

RUMAH TERBALIK PERTAMA DI MALAYSIA | RUMAH TERBALIK DI KG TELIBONG, SABAH

RUMAH TERBALIK PERTAMA DI MALAYSIA | RUMAH TERBALIK DI KG TELIBONG, SABAH

KOTA KINABALU: Seorang lelaki kelahiran Sabah membelanjakan setengah juta ringgit bagi membina rumah terbalik pertama di Malaysia yang menyampaikan mesej alam sekitar.

Alexander Yee berkata, struktur rumah luar biasa yang terletak di Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40 kilometer dari bandar itu amat berbaloi.


“Jika kita terus mengeksploitasi sumber semulajadi secara berterusan, lambat laun kita akan melihat dunia ‘terbalik’ (musnah),” kata Yee yang memiliki firma binaan selain mengusahakan rumah penginapan untuk pelancong di taman hidupan liar daerah Kinabatangan di pantai timur Sabah.

Yee menunjukkan rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, bilik mandi, ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri tradisional Sabah.

Hiasan dalaman di dalam rumah diletakkan secara terbalik seolah-olah seperti tergantung.
Dia berkata, semuanya diletakkan secara terbalik dan ini termasuk peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit.

Pembinaan rumah terbalik itu mengambil masa hampir enam bulan melibatkan bumbung, dinding dan lantai yang diperkukuhkan dengan hiasan dalaman yang membuatkannya seperti tergantung.

Yee berkata, pengunjung boleh melawat rumah terbalik itu.

Bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.

Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai rumah terbaik Yee di laman sosial Facebook yang dibuka untuk rekaan terbaru itu.-mummynemo.com
Baca Lagi........

Zizan Razak dan Ahmad Idham Perjelaskan Hubungan Dingin

Zizan Razak dan  Ahmad Idham Perjelaskan Hubungan Dingin |  Pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri menyangkal dakwaan dia berkecil hati dengan pelakon dan pengacara Zizan Razak kerana menolak tawaran membintangi teater muzikal Mael Lambong yang dijadualkan berlangsung pada Mac depan di Istana Budaya (IB).

Ahmad Idham berkata sebagai individu yang mengenali Zizan sebelum pelawak itu menyertai bidang seni lagi, dia berasa terkejut kerana penolakan tersebut tidak disampaikan secara terus oleh Zizan tetapi menerusi pihak pengurusannya.

“Sebagai pengarah profesional, tidak timbul isu saya berkecil hati atau marah dengan keputusan Zizan yang enggan menerima pelawaan saya untuk teater Mael Lambong yang dirancang pada hujung tahun lalu.

“Itu adalah hak dia cuma dia menolak tawaran tersebut pada saat-saat akhir selepas memberi persetujuan secara lisan ketika perbincangan diadakan sebelum ini.

“Itu pun, bukan datang daripada mulutnya sendiri tetapi menerusi pihak pengurusan,” katanya yang ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Besar Kepala

Enggan merumitkan keadaan, Ahmad Idham berkata apa yang lebih membimbangkannya jika Zizan sudah berubah sikap seperti yang didakwa segelintir pihak kerana ia boleh menjejaskan kerjayanya seperti sebelum ini.

“Dia pernah didakwa berlagak, besar kepala dan tiada komitmen dalam kerja sebelum ini sehingga menyebabkan kerjayanya terumbang-ambing seketika.

“Mujurlah selepas dia bekerjasama dengan saya dalam filem Hantu Bonceng, populariti dan namanya kembali meningkat pada tahap dia berada sekarang.

“Saya sayangkan dia seperti seorang adik. Saya bimbang jika kesilapan pihak pengurusannya membuat keputusan dan percaturan jadual seni Zizan akan membawa dia ke ambang kejatuhan semula,” katanya dalam nada kesal.

Apabila ditanya adakah susulan penolakan Zizan itu memaksa pihaknya menggantikan teater muzikal itu kepada Gerimis Mengundang pada saat-saat akhir, Ahmad Idham berkata ia tiada kaitan kerana pementasan teater Mael Lambong hanya dirancang secara lisan tanpa ada hitam dan putih.

“Slot untuk pementasan teater muzikal di IB pada Mac depan memang sudah disediakan untuk kami. Namun, tiada pengesahan dan hitam putih bahawa kami akan mementaskan Mael Lambong di sana.

“Tidak timbul isu pementasan Gerimis Mengundang adalah sebagai ganti selepas Zizan enggan menyertai Mael Lambong,” katanya.

Tidak Berubah Sikap – Zizan


Sementara itu, pengacara program Raja Lawak itu pula berkata keengganannya untuk menyertai pementasan muzikal berkenaan tiada kena-mengena dengan dakwaan dia sudah berubah sikap dan besar kepala.

“Saya menolak pelawaan tersebut kerana tidak boleh memberikan komitmen pada tarikh yang dirancang itu. Daripada saya paksa diri untuk bersetuju tetapi akhirnya tidak dapat beri komitmen, lebih baik saya tolak daripada awal.

“Adalah tidak adil untuk menuduh saya sudah berubah sikap hanya kerana saya menolak tawaran projek itu,” luahnya.

Zizan berkata penolakan tawaran tersebut tidak dilakukannya secara terus kerana dia sudah menyerahkan segala urusan kerja kepada pihak pengurusan.

“Saya tidak pernah memberikan persetujuan dan tiada hitam dan putih dalam perjanjian itu. Ia hanya perancangan secara lisan semata-mata.

“Apabila membabitkan urusan kerja, saya lebih selesa serahkan ia pada pengurusan kerana saya membayar mereka untuk mengawal selia jadual seni saya,” luahnya.

Menjawab dakwaan hubungan mereka menjadi dingin selepas insiden tersebut, Zizan berkata berdasarkan pengamatannya perkara itu tidak berlaku kerana mereka masih berbual mesra apabila bertemu khususnya pada pentas Raja Lawak musim keenam yang kini berlangsung pada setiap malam Jumaat di Pusat Penyinaran Asia (Astro).

“Saya tidak tahu pula kalau ada orang kata kami sedang berperang dingin. Apa yang saya lihat Idham bersikap seperti biasa setiap kali kami bertemu. Mungkin itu hanya dakwaan kosong,” katanya.

Selain Hantu Bonceng, Zizan akan muncul dalam dua lagi filem arahan Ahmad Idham iaitu Jangan Pandang-Pandang dan Mael Lambong. Sumbe mStar
Baca Lagi........

Safee Sali Jutawan bola sepak Malaysia : Pelita Jaya tawarkan Kontrak 2 juta

Safee Sali Jutawan bola sepak Malaysia  Pelita Jaya tawarkan Kontrak 2 juta |

JAKARTA – Masa depan penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali bersama kelab Pelita Jaya FC terjawab semalam.Seperti dijangka, pemain kelahiran Kajang, Selangor itu secara rasmi menyambung kontrak selama dua tahun lagi dengan kelab tersebut.

Kontrak dua tahun itu menawarkan pakej bernilai lebih RM2 juta termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai yang dibayar oleh kelab, tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh kelab dan penghormatan sebagai kapten Pelita Jaya FC.

Nilai kontrak baharu itu bertambah sekali ganda berbanding kontraknya sebelum ini yang berakhir kelmarin (31 Januari 2012).
Pengumuman mengenai lanjutan kontrak Safee dibuat oleh Pelita Jaya FC di Jakarta semalam pada majlis yang turut dihadiri Pengurus Besar Pasukan, Iwan Budianto, Pengurus Pasukan, Lalu Mara dan Safee sendiri.

Pengurus Safee, Zakaria Rahim berkata, dalam kontrak baharu itu, Safee juga akan menerima pakej tambahan image rights di mana pihak kelab akan mengusahakan untuk Safee mendapat commercial endorsement bagi pelbagai produk di seluruh Indonesia daripada syarikat-syarikat yang memerlukan imej Safee bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran.

Safee juga akan diberi peluang bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus apabila ada peluang dan sesuai dengan tempoh pendaftaran yang ditetapkan oleh liga di negara-negara berkenaan.

Selain Pelita Jaya FC, kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus, termasuklah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain di AFC Champions League 2012, CS Vise di Belgium, kelab divisyen dua di Liga Belgium dan SAD Uruguay sebuah kelab remaja di Uruguay.

Pelita Jaya juga mempunyai hubungan yang amat akrab dengan beberapa kelab lain di dunia seperti lima kelab di liga Brazil, antaranya Flamengo FC dan beberapa kelab di Eropah terutama di Belanda, termasuk Ajax Amsterdam FC.

“Pelita Jaya Cronus pernah memiliki sebuah kelab Liga Perdana England iaitu Leicester City FC tetapi telah menjual pemilikannya di sana, namun mereka masih mempunyai hubungan yang amat akrab dengan kelab dan pengurusannya di sana,” kata Zakaria.

Beliau berkata, Safee juga dilantik sebagai Duta Sekolah Sepak Bola Pelita Jaya di Sawangan, Jawa Barat, Indonesia dan Akademi Sepak Bola milik Pelita Jaya, di mana pengurusan Safee sedang berbincang untuk pemberian saham pemilikan akademi itu demi masa depan Safee.

“Akademi ini sudah mempunyai 600 pelajar di Jakarta sahaja dan mempunyai cawangan di daerah lain di Indonesia. Kelab juga bersedia untuk membantu Safee memulakan perniagaan di Indonesia apabila beliau tamat bermain dengan Pelita Jaya atau menamatkan karier profesionalnya nanti,” kata Zakaria.

Pengurus Safee itu berkata, keputusan yang dibuat oleh Safee untuk terus bermain dengan Pelita Jaya adalah satu keputusan yang telah diteliti semasak-masaknya setelah mengambil kira pelbagai aspek dan risiko.

Selain Pelita Jaya, Safee juga mendapat beberapa tawaran lain antaranya Muangthong FC dan Buriram FC di Thailand, empat pasukan dari Malaysia antaranya Kelantan, Negeri Sembilan, Johor FC dan Johor selain pasukan Selangor yang sentiasa bersedia bila-bila masa sahaja untuk Safee kembali ke pangkuan mereka.

Safee juga mendapat tawaran daripada pemilik Cardiff City FC untuk bermain di sana tetapi harus melalui proses bermain bersama kelab di Eropah yang mempunyai afiliasi dengan Cardiff City untuk tempoh sekurang-kurangnya satu tahun terlebih dahulu.

Selain itu Safee juga pernah mendapat tawaran untuk menjalani ujian bersama lima kelab di Jerman antaranya Eintract Frankfurt, SG Dynamo Dresden, namun, atas faktor kecederaan dan mengutamakan persiapan pasukan kebangsaan untuk memulakan kempen Pra Piala Dunia 2011 pada ketika itu, Safee terpaksa melupakan peluang keemasan itu, walaupun masih menyimpan cita-cita untuk bersama salah satu kelab di Eropah satu hari nanti. Sumber Harian Metro
Baca Lagi........

Penyakit misteri alat sulit menggeleber

Penyakit misteri alat sulit menggeleber |

PONTIAN - “Saya akan makan Panadol dan ubat batuk sekiranya sakit,” demikian luah lelaki di sini, yang menghidap penyakit misteri di bahagian alat sulitnya.

Lelaki berkenaan, Ali (bukan nama sebenar) berkata, penyakit misteri itu bermula ketika usianya 10 tahun dan sejak itu, bahagian itu semakin membesar dan menggeleber hingga hampir ke paras lutut.

Lebih malang lagi, dia yang dijaga abangnya tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan perubatan moden mahupun tradisional bagi mengubati penyakitnya itu.

Ali berkata, kemiskinan menjadi penghalangnya mendapatkan rawatan di klinik atau hospital, selain tidak mahu menyusahkan abang dan kakak iparnya memandangkan mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk membesarkan tiga anak.

Jelasnya, pendapatan yang diperoleh hasil bertukang dikongsi bersama keluarga abangnya yang juga kurang berkemampuan dan mempunyai seorang anak kategori orang kurang upaya (OKU).

Selain itu, perasaan malu untuk memberitahu keadaan penyakitnya itu kepada orang luar, turut menyebabkan dia tidak mahu mendapatkan rawatan.

Ali yang ditemui di rumah abangnya berkata, kesakitan yang dialami ketika penyakit misteri berkenaan menyerangnya semakin teruk sehingga menyebabkan seluruh badannya berpeluh.



“Jika sebelum ini sakitnya cuma bisa sahaja tetapi sejak sebulan yang lalu ia semakin teruk sehingga seluruh badan berpeluh–peluh.

“Selain itu, saya juga sudah semakin sukar bergerak dan mengalami masalah untuk duduk serta bangun,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu kakak iparnya berkata, Ali akan cuba sedaya upaya merahsiakan sakit yang dialami daripada mereka sekeluarga.

Namun, kakak iparnya tidak pernah berputus asa memujuk adik iparnya itu untuk mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakitnya.

“Keadaan penyakitnya semakin teruk sejak kebelakangan ini di mana jika sebelum ini sakit yang dialami hanya sekali sekala, namun kini hampir tiap malam dia akan mengadu sakit,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Ali menyatakan kesediaannya untuk menerima sebarang rawatan yang dapat membantu menyelesaikan masalahnya itu.

Dia turut merayu pihak yang sudi tampil membantu meringankan bebannya itu termasuklah perubatan secara tradisional dengan menghubungi 013-7815523.Sumber Sinar
Baca Lagi........

Download Borang Pinjaman SARA 1Malaysia


Download borang pinjaman Skim Amanah Rakyat (SARA) 1Malaysia yang telah  mula diedarkan mulai 31 Januari 2012 ni. |  Bagi yang ingin memohon, boleh la mendapatkan borang tersebut dari bank-bank yang mengambil bahagian seperti Malayan Banking Bhd, RHB Bank Bhd, CIMB Bank Bhd dan Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN). Anda juga boleh download borang di pautan di bawah.

>>DOWNLOAD BORANG SARA 1 MALAYSIA<<

Sebelum tu baca bawah ni sebelum isi borang

Siapakah yang layak untuk memohon pinjaman ini ? Pemohon haruslah mempunyai jumlah pendapatan isi rumah antara RM500 hingga RM3,000 sebulan, tidak muflis, tidak pernah menerima pinjaman dari skim² kerajaan yang berkaitan dan lain² lagi. Pemohon yang layak, berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 bagi membolehkan mereka melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M).
Mengenai kaedah pembayaran pinjaman Skim Amanah Rakyat (SARA) 1Malaysia pula. Peminjam hanya perlu membayar minimum RM84 sebulan selama lima tahun. Sekiranya tiada pengeluaran dibuat sepanjang tempoh itu. Peminjam akan meraih pulangan keuntungan bersih sehingga RM13,000.
Tempoh permohonan pinjaman Skim Amanah Rakyat (SARA) 1Malaysia ini akan dibuka selama setahun sahaja ataupun sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan. Jadi kepada yang ingin memohon, diingatkan supaya berbuat demikian secepat yang mungkin.
Dokumen yang diperlukan semasa mohon pinjaman Skim Amanah Rakyat (SARA) 1Malaysia;

Dokumen utama

- Borang Permohonan untuk menyertai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
- Borang Pinjaman dari institusi kewangan yang menyertai
- Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
- Pelaburan Borang Tambahan ASNB 21 (Additional Investment Form ASNB 21)
- Borang Penebusan ASNB 31 (Redemption Form ASNB 31)
- Pelaburan Pembaharuan Borang Buku BS3 (Investment Book Renewal Form BS3)
- Penyata Pendedahan Risiko (RDS) (Risk Disclosure Statement (RDS))

Dokumen Sokongan

- MyKad asal pemohon dan 2 salinan
- MyKad asal pasangan (suami/isteri) bersama 1 salinan (jika berkenaan)
- Penyata pendapatan pemohon (Slip gaji dan penyata bank 3 bulan)
Bagi yang tidak mempunyai penyata gaji atau penyata bank, anda hendaklah membawa borang ini untuk di tandatangani di hadapan saksi seperti Penghulu, Adun, Ahli Parlimen atau Majikan tempat anda kerja untuk diperakukan. Selepas itu, hantar semula borang tersebut bersama dokumen sokongan yang tertera di atas ke bank untuk diproses. Pihak bank akan menghubungi semula pemohon sejurus pemohonan tersebut diluluskan.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh la melayari laman web SARA 1 Malaysia ataupun menghubungi talian HOTLINE 03-20573065 bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang waktu berkerja (Isnin – Jumaat).Kredit kepada -nescafeais.com

Baca Lagi........

Lagi Kepala babi ditemui di Masjid Nurul Iman, Rawang

Lagi Kepala babi ditemui di Masjid Nurul Iman, Rawang | Satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, awal pagi ini.

Menurut ADUN Rawang Gan Pei Nei (dua dari kiri) kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.


Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Setelah mengambil bahan bukti dan menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, mereka kemudiannya meninggalkan masjid itu.

Gan berkata anggota polis berkenaan adalah dari balai polis Rawang dan kes itu akan disiasat oleh jabatan siasatan jenayah.

Beliau mengutuk tindakan itu sebagai perbuatan provokatif yang cuba menyinggung sensitiviti agama, sambil menambah bahawa ia mungkin bermotifkan politik memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

Menurut Gan lagi, kejadian seumpama itu bukannya berlaku secara spontan kerana Masjid Nurul Iman telah bertapak di situ selama 48 tahun.

“Pilihan raya umum semakin hampir dan ada orang cuba untuk timbulkan masalah,” katanya.

Gan menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.

Tindakan provokatif
Ketua Polis Daerah Gombak Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan kejadian itu dan berkata ia disiasat bawah Seksyen 285 Kanun Keseksaan.

“Kami belum buat tangkapan dan tak ada suspek lagi,” katanya.

Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu yang juga meninjau masjid berkenaan berkata bahawa Gan akan mewakili kerajaan negeri pada mesyuarat jawatankuasa masjid malam ini dan melaporkan kepada Menteri Besar untuk tindakan susulan.

Liu juga mengecam tindakan itu yang dianggap sebagai provokatif tetapi bersyukur kerana semua pihak, khususnya jawatankuasa masjid berkenaan tidak bertindak sebarangan tetapi kekal tenang.

Beliau juga enggan membuat sebarang spekulasi dan berkata adalah lebih baik bagi membiarkan pihak polis melakukan siasatan mereka. -Malaysiakini
Baca Lagi........

Suara Aneh di Kota Samarahan Terjawab

Suara Aneh di Kota Samarahan Terjawab | Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menafikan dengkuran kuat diselang seli bunyi nyaring frekuensi radio di Kota Semarahan pada 11 an 12 Januari lalu berpunca daripada High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan di Amerika Syarikat.


Sebaliknya bunyi berkenaan datang daripada sebuah kilang kelapa sawit di Kampung Endap.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Fadillah Yusof berkata, kilang berkenaan telah membuat pengujian terhadap tekanan dandang secara automatik pada 11 dan 12 Januari 2012 sehingga menyebabkan kewujudan bunyi seolah-olah orang sedang menjerit dan mengejutkan penduduk kampung di sekitarnya.

“Ekoran itu, Mosti telah menubuhkan satu jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit (Sky Roar) dikendalikan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM). Siasatan mendapati aduan beberapa penduduk berkaitan bunyi yang tidak diketahui bukan seperti yang disangka.

“Ia juga tiada kaitan dengan gempa bumi di Sumatra dan High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan di Amerika Syarikat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dalam laporan muka depan Sinar Harian 21 Januari lalu, mengatakan bunyi berkenaan berkait dengan HAARP, iaitu program penyelidikan ionosfera dan dinaungi sepenuhnya oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA).

DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.

HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.

Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument (IRI).

Fadillah berkata, pihaknya telah melakukan beberapa siasatan dengan menemu bual saksi-saksi kejadian, orang kampung dan membuat siasatan mengenainya serta mendapatkan khidmat pakar untuk menganalisis bunyi itu.

Bagi membuktikan kebenaran ini, katanya, Penolong Pengurus kilang, Yusmizan Desa mengakui kilangnya ada melakukan penentu kuran secara berkala yang melibatkan perlepasan wap secara besar-besaran dan menghasilkan tekanan sehingga muncul ‘Nyauman Langit’.

“Yusmizan memberitahu pihak kami tujuan perlepasan tekanan dandang dilakukan semasa aktiviti pemprosesan kelapa sawit. Kami diberi penjelasan melalui corong lepasan wap ke arah kampung itu dan mereka juga melakukan demonstrasi untuk membuktikan perkara ini.

“Pihak kami dan juga saksi-saksi, terutama penduduk kampung telah berpuas hati dengan demonstrasi itu. Begitu pun, kami masih menjalankan analisis secara saintifik untuk mengkaji frekuensi itu,” katanya. -Sinar
Baca Lagi........

Sham Kamikaze mahu terus berdakwah walaupun dikutuk

Sham Kamikaze mahu terus berdakwah walaupun dikutuk | “Saya rela dikutuk rakan dan orang ramai, namun aktiviti berdakwah akan terus dijalankan kerana itu yang saya mahu lakukan sekarang ini,” kata Shamril Mohd Salleh, 36, atau dikenali Sham Kamikaze yang sedia maklum ada pihak memandang serong ke atasnya.


Katanya, walaupun setiap masa ada saja cemuhan dilemparkan, dia menganggap ia sebagai satu cabaran yang menguatkan usahanya itu.

Menurutnya, selepas lebih setahun berubah, dia kini lebih tenang dan memenuhi masa hariannya dengan jemputan berceramah.

Sham berkata, dia yang sebelum ini tidak begitu rapat dengan artis lain, kini lebih mudah didekati, malah semakin rapat dengan kebanyakan artis lain termasuk mereka yang sudah berubah seperti Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, atau Wardina.

“Saya hanya berkongsi pengalaman dan menceritakan apa yang saya pelajari dan tidak berasa kekok kerana saya bukan ustaz agama, mereka mereka tidak mengharapkan saya menjawab semua soalan diajukan,” katanya.-Harian Metro
Baca Lagi........

Wanita 30 Tahun Tetapi Keadaan Seperti Bayi

Wanita 30 Tahun Tetapi Keadaan Seperti Bayi | Kalau dulu, kita penah baca tentang wanita cantik bertukar tua (LINK). Tapi kini, perempuan tua berwajah super muda pula. Seorang wanita Brazil bernama Maria Audete do Nascimento tidak kelihatan berusia walaupun dilahirkan pada 7 Mei 1981 dan masih mempunyai badan seperti bayi 9 bulan. Wanita pelik ini bagaimanapun tinggal bersama keluarganya yang miskin di daerah Ceara, Brazil. Keluarganya terdiri daripada bapa dan ibu tirinya yang telah menjaganya sejak ibu sendiri meninggal dunia 13 tahun yang lalu. Di bawah merupakan gambar wanita pelik ini yang seperti seorang bayi.


Keluarganya tidak mampu untuk memberikan apa-apa rawatan bagi Maria dan dia terus hidup seperti bayi dan tidak boleh bercakap. Walaupun miskin, dia mendapat kasih sayang sepenuhnya tambahan ibu tirinya menjaganya dengan baik. Ibu tirinya yang bernama Dora percaya bahawa dia adalah semangat hidupnya dan kanak-kanak itu dihantar kepadanya sebagai hadiah Tuhan untuk dijaga.

Pakar-pakar dari Fakulti Perubatan di Universiti Ceara percaya bahawa apa yang Maria alami adalah kekurangan hormon tiroid yang teruk yang membuatkan badannya tidak mampu untuk membangun dari segi fizikal atau mental.

 Tazkirah- Kebiasaannya yang berlaku adalah disebabkan masalah yang timbul seperti masalah genetik, hormon, dan sebagainya. Kita sebagai hamba Allah SWT, sentiasa menginginkan kehidupan yang normal. Maka kita perlu sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah telah berikan.-Melayukini.net
Baca Lagi........

Satria Neo Baru – Proton Artiga (4 Gambar)

Satria Neo Baru – Proton Artiga (4 Gambar) | Proton mempamerkan model konsep Artiga di Pameran Tokyo Auto Saloon 2012. Model konsep Artiga pernah dipamerkan di Pameran motor Shanghai tahun lepas adalah hasil kerja dengan Youngman di China. Proton Artiga ni rupa-rupanya seakan-akan Proton Satria Neo. Dengan bodykit yang lebar dan rim yang besar, nampak kereta ini secara keseluruhan lebih garang. Lampu depan yang direka semula juga sepadan dengan rekaan gril dan bumper depan. Jom kita tengok gambar menarik Proton Artiga baru ni.



Berita terkini tentang Satria Neo – Proton Satria Neo juga telah secara rasmi dijual di Jepun sebagai kereta rali oleh syarikat Carosser, pemilik jenama tuning rali Cusco untuk peminat rali di Jepun. Satria Neo mula menjadi sebutan apabila berjaya memenangi kategori pemandu dan pengeluar pada kejohanana rali APRC dan kini bertanding di kejohanan rali dunia (WRC) pusingan pertama di Monte Carlo.

P/S - Sememangnya Proton Artiga mirip asal daripada reka bentuk Proton Satria Neo. Kita sepatutnya berbangga antara salah satu kereta yang menjadi kebanggan dan perhatian adalah Proton Satria Neo. Proton Satria bermula dengan dimensi awal, kemudian disusuli dengan Satria GT dan seterusnya beralih kepada Satria Neo.-Melayukini.net
Baca Lagi........

Pernah Tengok Durian Merah? (5 Gambar)

 Pernah Tengok Durian Merah? (5 Gambar) | Selalunya kita tengok durian yang berisi biji warna kuning. Durian yang paling pelik pun ialah Durian Dalam Durian (LINK). Tetapi pernahkah anda melihat durian yang mempunyai isi buah yang bewarna merah? Ini bukan satu kejadian yang aneh. Pokok Durian Merah adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifik durian merah ialah Durio graveolens Becc. Di Sabah durian ini juga dikenali sebagai Durian Dalit. Rasa durian merah ini tidak sama dengan durian yang biasa dan rasanya lebih lemak. Juga terdapat dalam warna kekuningan, keorenan dan merah jambu juga ada. Masyarakat Dayak Kenyah memanggilnya sebagai durian daun, mungkin disebabkan lebar daun durian merah ni hampir selebar telapak tangan orang dewasa. Mari kita lihat gambar buah durian berisi merah. Jom!



Sumber dari Google dan Melayukini.net
Baca Lagi........

Pelajar Cipta iPad Dari Komputer Terpakai

Pelajar Cipta iPad Dari Komputer Terpakai | Seorang pelajar kolej di China telah mencipta sebuah komputer tablet yang menyerupai iPad hanya dengan menggunakan bahan daripada komputer riba terpakai milik teman wanitanya. Wei Xinlong dan Sun Shasha merupakan pelajar senior di Jabatan Seni dan Rekaan di Universiti Changchun, utara China.

Ia mengambil masa selama 10 hari dan menelan belanja sebanyak 800 yuan (RM400) untuk menghasilkan peranti itu dengan berat dan ketebalan yang dilihat serupa dengan produk iPad keluaran Apple Inc. Tablet PC dengan teknologi sesentuh itu membolehkan pengguna untuk membaca, memuat turun, menonton movie dan bermain game.

Menurut Wei, dia tidak cukup duit untuk membelikan sebuah komputer baru buat kekasihnya itu, maka dia mula menciptanya dengan cara mempelajari cara-cara menghasilkan Tablet PC dan iPad daripada rakaman video di internet.

    “Papan utama, video card, CPU dan skrin semuanya dari komputer lama yang menelan belanja 500 yuan (RM250)”

    “Dan saya membeli skrin sesentuh dan bateri secara online,” tambahnya lagi.

Wei juga menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk menghias bahagian luaran tablet PC tersebut kata Sun.

    “Inilah hadiah terbaik yang pernah saya terima, dan saya akan menjaganya selama-lamanya” tambah teman wanitanya.

 P/S– Perempuan yang baik akan sentiasa menghargai apa jua hadiah yang diberikan oleh lelaki istimewanya. Dan lelaki, cara pikat wanita bukan hanya dengan duit, tapi dengan usaha yang kita tunjuk pun dah mencukupi. Betul tak wahai wanita? :) -Melayukini.net
Baca Lagi........

Proton P3-21A Sedang Diangkut Treler

Proton P3-21A Sedang Diangkut Treler | Jika sebelum ini Melayukini.net ada menunjukkan spyshot proton P3-21A (LINK) sedang melakukan uji pandu, kali ini terdapat gambar lengkap proton tersebut iaitu dari segi rekaan luarannya. Untuk makluman, selepas proton mengeluarkan kereta klon jenis Mistubishi Lancer iaitu Proton Inspira,  kereta rekaan Proton Baru 2012 ini bakal dipasarkan tidak lama lagi. Joom tengok gambar kat bawah ...


Proton P3-21A telah dijumpai sedang diangkut dengan treler di Lebuhraya Guthrie oleh blog paultan.org. Kereta ini nampaknya kereta yang sudah siap dan warnanya juga biru yang menarik. Mungkin ini kereta Proton Baru 2012 untuk pihak marketing membuat brochure kerana pelancarannya sudah tidak lama lagi iaitu pada bulan Mac 2012 ini.

Rekaan rimnya juga menarik dan mungkin yang paling menarik setakat ini dari Proton. Tak banyak yang boleh dikatakan lagi dan pastinya selepas ini mungkin lebih banyak lagi spy shots model P3-21A ini akan dilihat. Model ini bakal menggunakan enjin CFE dan kotak gear CVT disamping menawarkan interior yang serba moden.

P/S- Berkemungkinan kereta ini sedang dihantar ke sebuah tempat untuk melalui proses marketing yang dilakukan oleh pihak proton. Kita tunggu sahaja apakah kereta Proton Baru 2012 kali ini mampu menarik ramai pembeli di Malaysia.-melayukini.net
Baca Lagi........