Recent Post

SBPA NAJIB BUAT PENGUMUMAN 12 MAC 2012

Menangi iPhone 4s kat sini


SBPA  NAJIB BUAT PENGUMUMAN 12 MAC 2012 |
Dato' Sri Najib dijangka buat pengumuman penting pada 12 Mac 2012 kepad semua penjawat awam tentang SBPA. Pengumuman ini diharap merungkaikan kemelut dan ketidakpuasan hari tentang skim SBPA sebelum ini.

Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan 45 minit dengan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

"Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam," katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu.

Omar berkata Cuepacs sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dan mendengar cadangan demi kebaikan penjawat awam.

"Pertemuan hari ini menyentuh mengenai secara keseluruhan apa tuntutan serta pandangan yang dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu SBPA," katanya.

Omar berkata Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac depan.-ceupacs.blogspot.com

p/s : Harap-harap betul khabar angin kata gred SPM naik RM1000, Gred Diploma naik RM1500 , Gred Ijazah naik RM2000, Gred JUSA naik RM2500.
Menangi iPhone 4s kat sini
RAHSIA Buat Duit dengan FACEBOOK!!!


0 comments:

Post a Comment