Recent Post

Wanita 30 Tahun Tetapi Keadaan Seperti Bayi

Wanita 30 Tahun Tetapi Keadaan Seperti Bayi | Kalau dulu, kita penah baca tentang wanita cantik bertukar tua (LINK). Tapi kini, perempuan tua berwajah super muda pula. Seorang wanita Brazil bernama Maria Audete do Nascimento tidak kelihatan berusia walaupun dilahirkan pada 7 Mei 1981 dan masih mempunyai badan seperti bayi 9 bulan. Wanita pelik ini bagaimanapun tinggal bersama keluarganya yang miskin di daerah Ceara, Brazil. Keluarganya terdiri daripada bapa dan ibu tirinya yang telah menjaganya sejak ibu sendiri meninggal dunia 13 tahun yang lalu. Di bawah merupakan gambar wanita pelik ini yang seperti seorang bayi.


Keluarganya tidak mampu untuk memberikan apa-apa rawatan bagi Maria dan dia terus hidup seperti bayi dan tidak boleh bercakap. Walaupun miskin, dia mendapat kasih sayang sepenuhnya tambahan ibu tirinya menjaganya dengan baik. Ibu tirinya yang bernama Dora percaya bahawa dia adalah semangat hidupnya dan kanak-kanak itu dihantar kepadanya sebagai hadiah Tuhan untuk dijaga.

Pakar-pakar dari Fakulti Perubatan di Universiti Ceara percaya bahawa apa yang Maria alami adalah kekurangan hormon tiroid yang teruk yang membuatkan badannya tidak mampu untuk membangun dari segi fizikal atau mental.

 Tazkirah- Kebiasaannya yang berlaku adalah disebabkan masalah yang timbul seperti masalah genetik, hormon, dan sebagainya. Kita sebagai hamba Allah SWT, sentiasa menginginkan kehidupan yang normal. Maka kita perlu sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah telah berikan.-Melayukini.net
Baca Lagi........

Satria Neo Baru – Proton Artiga (4 Gambar)

Satria Neo Baru – Proton Artiga (4 Gambar) | Proton mempamerkan model konsep Artiga di Pameran Tokyo Auto Saloon 2012. Model konsep Artiga pernah dipamerkan di Pameran motor Shanghai tahun lepas adalah hasil kerja dengan Youngman di China. Proton Artiga ni rupa-rupanya seakan-akan Proton Satria Neo. Dengan bodykit yang lebar dan rim yang besar, nampak kereta ini secara keseluruhan lebih garang. Lampu depan yang direka semula juga sepadan dengan rekaan gril dan bumper depan. Jom kita tengok gambar menarik Proton Artiga baru ni.



Berita terkini tentang Satria Neo – Proton Satria Neo juga telah secara rasmi dijual di Jepun sebagai kereta rali oleh syarikat Carosser, pemilik jenama tuning rali Cusco untuk peminat rali di Jepun. Satria Neo mula menjadi sebutan apabila berjaya memenangi kategori pemandu dan pengeluar pada kejohanana rali APRC dan kini bertanding di kejohanan rali dunia (WRC) pusingan pertama di Monte Carlo.

P/S - Sememangnya Proton Artiga mirip asal daripada reka bentuk Proton Satria Neo. Kita sepatutnya berbangga antara salah satu kereta yang menjadi kebanggan dan perhatian adalah Proton Satria Neo. Proton Satria bermula dengan dimensi awal, kemudian disusuli dengan Satria GT dan seterusnya beralih kepada Satria Neo.-Melayukini.net
Baca Lagi........

Pernah Tengok Durian Merah? (5 Gambar)

 Pernah Tengok Durian Merah? (5 Gambar) | Selalunya kita tengok durian yang berisi biji warna kuning. Durian yang paling pelik pun ialah Durian Dalam Durian (LINK). Tetapi pernahkah anda melihat durian yang mempunyai isi buah yang bewarna merah? Ini bukan satu kejadian yang aneh. Pokok Durian Merah adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifik durian merah ialah Durio graveolens Becc. Di Sabah durian ini juga dikenali sebagai Durian Dalit. Rasa durian merah ini tidak sama dengan durian yang biasa dan rasanya lebih lemak. Juga terdapat dalam warna kekuningan, keorenan dan merah jambu juga ada. Masyarakat Dayak Kenyah memanggilnya sebagai durian daun, mungkin disebabkan lebar daun durian merah ni hampir selebar telapak tangan orang dewasa. Mari kita lihat gambar buah durian berisi merah. Jom!



Sumber dari Google dan Melayukini.net
Baca Lagi........

Pelajar Cipta iPad Dari Komputer Terpakai

Pelajar Cipta iPad Dari Komputer Terpakai | Seorang pelajar kolej di China telah mencipta sebuah komputer tablet yang menyerupai iPad hanya dengan menggunakan bahan daripada komputer riba terpakai milik teman wanitanya. Wei Xinlong dan Sun Shasha merupakan pelajar senior di Jabatan Seni dan Rekaan di Universiti Changchun, utara China.

Ia mengambil masa selama 10 hari dan menelan belanja sebanyak 800 yuan (RM400) untuk menghasilkan peranti itu dengan berat dan ketebalan yang dilihat serupa dengan produk iPad keluaran Apple Inc. Tablet PC dengan teknologi sesentuh itu membolehkan pengguna untuk membaca, memuat turun, menonton movie dan bermain game.

Menurut Wei, dia tidak cukup duit untuk membelikan sebuah komputer baru buat kekasihnya itu, maka dia mula menciptanya dengan cara mempelajari cara-cara menghasilkan Tablet PC dan iPad daripada rakaman video di internet.

    “Papan utama, video card, CPU dan skrin semuanya dari komputer lama yang menelan belanja 500 yuan (RM250)”

    “Dan saya membeli skrin sesentuh dan bateri secara online,” tambahnya lagi.

Wei juga menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk menghias bahagian luaran tablet PC tersebut kata Sun.

    “Inilah hadiah terbaik yang pernah saya terima, dan saya akan menjaganya selama-lamanya” tambah teman wanitanya.

 P/S– Perempuan yang baik akan sentiasa menghargai apa jua hadiah yang diberikan oleh lelaki istimewanya. Dan lelaki, cara pikat wanita bukan hanya dengan duit, tapi dengan usaha yang kita tunjuk pun dah mencukupi. Betul tak wahai wanita? :) -Melayukini.net
Baca Lagi........

Proton P3-21A Sedang Diangkut Treler

Proton P3-21A Sedang Diangkut Treler | Jika sebelum ini Melayukini.net ada menunjukkan spyshot proton P3-21A (LINK) sedang melakukan uji pandu, kali ini terdapat gambar lengkap proton tersebut iaitu dari segi rekaan luarannya. Untuk makluman, selepas proton mengeluarkan kereta klon jenis Mistubishi Lancer iaitu Proton Inspira,  kereta rekaan Proton Baru 2012 ini bakal dipasarkan tidak lama lagi. Joom tengok gambar kat bawah ...


Proton P3-21A telah dijumpai sedang diangkut dengan treler di Lebuhraya Guthrie oleh blog paultan.org. Kereta ini nampaknya kereta yang sudah siap dan warnanya juga biru yang menarik. Mungkin ini kereta Proton Baru 2012 untuk pihak marketing membuat brochure kerana pelancarannya sudah tidak lama lagi iaitu pada bulan Mac 2012 ini.

Rekaan rimnya juga menarik dan mungkin yang paling menarik setakat ini dari Proton. Tak banyak yang boleh dikatakan lagi dan pastinya selepas ini mungkin lebih banyak lagi spy shots model P3-21A ini akan dilihat. Model ini bakal menggunakan enjin CFE dan kotak gear CVT disamping menawarkan interior yang serba moden.

P/S- Berkemungkinan kereta ini sedang dihantar ke sebuah tempat untuk melalui proses marketing yang dilakukan oleh pihak proton. Kita tunggu sahaja apakah kereta Proton Baru 2012 kali ini mampu menarik ramai pembeli di Malaysia.-melayukini.net
Baca Lagi........

Makhluk Misteri Di Planet Marikh

Makhluk Misteri Di Planet Marikh | Baru-baru ini heboh di internet, media massa dan media elektronik mengenai penemuan imej misteri (yang berkemungkinan makhluk asing) yang dirakam oleh dua robot peninjau NASA di Planet Marikh. Imej misteri itu menunjukkan makhluk dengan susuk tubuh seakan-akan manusia duduk di atas batu di sebuah kawasan lapang seperti gurun di planet berkenaan.

Benarkah itu Makhluk Asing?

Sebenarnya tidak, ini kerana jika anda perhatikan betul-betul imej tersebut, ia bukanlah makhluk asing tetapi hanya batu. Ternyata teori mengenai makhluk asing di Planet Marikh adalah tidak benar sama sekali.

Ini bukan kali pertama gambar yang dirakam oleh NASA dikatakan mempunyai bukti kewujudan makhluk asing di planet Marikh. Pada tahun 1976, seorang jurugambar yang bernama Richard Hoagland mendakwa menemui wajah aneh di Planet Marikh hasil penyelidikannya.

Namun bukti itu disangkal kerana pada tahun 1988, Mars Global Survayor mengambil gambar sekali lagi di bahagian Planet Marikh yang dikatakan ada wajah aneh seperti yang didakwa oleh Richard. Hasil penemuan oleh Mars Global Surveyor adalah imej yang dikatakan sebagai wajah aneh itu sebenarnya terhasil daripada low image quality, pareidolia dan bayang-bayang. Apa-apa pun, mari kita lihat gambar makhluk misteri yang seakan-akan manusia duduk di atas batu di gurun Planet Marikh. Jom!





 P/S– Makhluk ciptaan Allah ada di mana-mana sahaja. Tidak larat untuk kita hitung satu-satu kerana memang terlalu banyak jika hendak dikira. Yang paling penting ialah bukan bilangan makhluk Allah yang kita ketahui tetapi adalah bilangan amalan yang akan kita bawa ke Hari Akhirat iaitu hari untuk selama-lamanya bagi kita semua. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya yang besar kepada kita supaya mudah untuk kita masuk ke dalam syurgaNya insyaAllah. Amin.-Melayukini.net
Baca Lagi........

Ayam berbulu disalut tepung

Ayam berbulu disalut tepung |

BUKIT MERTAJAM – “Saya tidak akan makan lagi di restoran itu,” luah seorang pelanggan selepas insiden terjumpa bulu ayam pada hidangan makanan yang dibeli dari sebuah restoran terkenal, di sini.

Ismail Halim, 45, berkata, dia membawa isteri dan tiga anaknya ke restoran berkenaan, kira-kira jam 12 malam Jumaat lalu dan memesan beberapa jenis hidangan, termasuk hidangan ayam itu.

Menurutnya, kerana kekenyangan, dia membungkus hidangan ayam itu untuk dibawa pulang ke rumah, namun, pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa kerana ayam itu disalut dengan tepung.
“Keesokan harinya (Sabtu) kira-kira jam 12 tengah hari, isteri saya, Rosmawati Mustafa, 45, mengeluarkan hidangan ayam itu untuk dimakan.

“Bagaimanapun, ketika mengoyak lapisan tepung, dia terkejut apabila mendapati bulu ayam sepanjang kira-kira setengah inci masih melekat pada ayam itu, lalu menunjukkannya kepada saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, dia bertindak menghubungi restoran berkenaan melalui nombor talian mudah alih yang tertera pada kotak bungkusan bagi memaklumkan mengenai penemuan itu, namun, kecewa apabila kakitangannya mengambil sikap endah tak endah dengan meminta dia membawa ayam itu kembali ke restoran untuk ditukar dengan ayam baru.

Tidak berpuas hati dengan respons yang diberikan, dia kemudiannya menghubungi nombor pejabat pula setengah jam kemudian, dan sekali lagi, dia kecewa apabila mendakwa kakitangan itu tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Ismail berkata, dia kesal dengan pengurusan restoran yang seolah-olah bersikap lepas tangan dengan apa yang terjadi.

Menurutnya, bukan soal wang yang difikirkannya kerana harga hidangan itu hanyalah sekitar RM14 sahaja, namun, apa yang ingin dituntut adalah permohonan maaf dari pihak restoran kepada keluarganya.

“Sebagai sebuah restoran terkenal dan dikunjungi ramai pelanggan, sepatutnya mereka menjaga kualiti makanan yang dihidangkan, “ katanya.

Menurutnya, insiden itu menyebabkan isteri dan anak-anaknya yang memakan hidangan sama pada malam berkenaan menjadi loya dan trauma dek kerana teringat akan bulu ayam itu.

Malah, kesannya masih terasa hingga ke hari ini dan mereka dilihat seperti sudah serik untuk memakan hidangan ayam.

“Hingga hari ini pihak restoran tidak menghubungi saya untuk meminta maaf. Saya bukannya ingin menuntut ganti rugi, sekurang-kurangnya mereka hubungi saya dan minta maaf pada isteri dan anak-anak,” katanya yang sudah dua kali mengunjungi restoran berkenaan sebelum kejadian.

Ismail berharap apa yang terjadi ke atas keluarganya dijadikan pengajaran, dan menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menikmati hidangan di mana-mana restoran sekali pun.

Dia juga berharap pihak restoran menjaga kualiti makanan yang dihidangkan kepada pelanggan kerana ia mampu memberi kesan kepada tahap kesihatan.-SINAR
Baca Lagi........

Lelaki Ditahan Ketika Cuba Masak Kucingnya

Lelaki Ditahan Ketika Cuba Masak Kucingnya  |

NEW YORK – Seorang lelaki di bawa ke mahkamah atas tuduhan melakukan kekerasan terhadap haiwan di mana lelaki tersebut didakwa berusaha untuk memasak kucingnya.

Pihak polis menemui kucing tersebut berada dalam bagasi di dalam kereta yang sedang dibawa oleh Gary Korkuc dari New York, Amerika Syarikat. Petugas memberhentikan keretanya kerana melanggar lampu isyarat dalam kejadian yang berlaku Ogos tahun lalu.

Kucing tersebut ditemukan dalam keadaan sudah bercampur dengan minyak goreng, lada, garam dan bahan makanan lainnya. Kokuc mengatakan kepada polis bahawa dia sedang menyiapkan kucing tersebut untuk dimakan.

Kucing jantan tersebut akhirnya diselamatkan dan kini berada dalam keadaan sihat.

Korkuc, 52 tahun kini didakwa atas tuduhan kekerasan terhadap haiwan., demikian dilaporkan Reuters.

Kucing itu kini dijaga oleh sebuah keluarga angkat setelah insiden tersebut terjadi. Pihak polis mengatakan bahawa sebelum ini banyak permintaan dari orang ramai yang meminta untuk menjaga kucing tersebut.-MYNEWSHUB.MY
Baca Lagi........

Kisah Benar Ustaz Haron Din Mimpi Bertemu Nabi ( Sedih )

Kisah Benar Ustaz Haron Din Mimpi Bertemu Nabi ( Sedih ) |  Hanya 10 minit sahaja yang diperlukan.Ayuh kita dengar  cerita yang sangat indah dari Ustaz Harun Din bertemu insan yang sangat mulia di sisi Allah S.W.T iaitu Rasulullah S.A.W di dalam mimpinya.
Sungguh indah mimpi yang dialami oleh ustaz.


Satu peceritaan dan kisah yang sangat menyentuh hati sekalian pendengar dan penontonnya. Ayuh, sama-sama hayatinya.
 Kredit kepada http://yongsaiyo.blogspot.com
Baca Lagi........

Jaket Luar Biasa Dari China

Jaket Luar Biasa Dari China | Sebuah kilang di China telah merekacipta sehelai jaket kreatif luar biasa yang mampu disimpan dalam apa jua bentuk botol atau bekas. Jaket ini mempunyai sulaman yang halus dan mampu dilipat sehingga ia mampu dimuatkan dalam satu botol yang paling kecil. Jaket kreatif ini sesuai dimiliki untuk individu yang gemar melancong ke mana-mana sahaja. Mari kita lihat gambar pelik jaket ini dan caranya disumbat dalam botol kecil. Tengok gambar kat bawah






Sungguh mudah nak simpan, lagi-lagi kalau kita sebagai seorang penunggang motorsikal. Jaket kreatif yang mudah disimpan dan fleksibel untuk disimpan dalam botol. Tidak payahlah kita membawa jaket ke sana ke mari..
Baca Lagi........

Badak Sumbu Terbang (Gambar dan Video)

Badak Sumbu Terbang | Badak mana boleh terbang, tetapi badak boleh diterbangkan. Sekumpulan badak telah diterbangkan untuk tujuan pemindahan lokasi dari asal ke tempat yang lain.

Beberapa ekor badak telah dipaksa terbang dalam satu program anjuran WWF (World Wild Fund) Afrika Selatan dengan kerjasama Eastern Cape Parks and Tourism Agency, SANParks dan Ezemvelo KZN Wildlife. Ia bertujuan untuk mengalihkan 19 ekor badak sumbu ke kawasan yang lebih selamat dengan menggunakan helikopter. Filem dokumentari yang dihasilkan oleh Green Renaissance ini adalah untuk memelihara spesies ini dari kepupusan. Jom kita tengok badak sumbu terbang ni.




Kasihan dekat badak sumbu comel ini, hoho. Mereka tak rasa pening ke diangkut-angkut macam tu sekali. Serius timbul rasa kasihan dalam hati. Tapi nak buat macam mana, itu je yang pihak tersebut mampu buat untuk selamatkan badak sumbu yang kian pupus ini.Nak tengok video dia ada kat sini
Sumber dari melayukini.net
Baca Lagi........

Bumi berdepan ribut solar terkuat

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.

Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.

Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.

Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.

Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.

Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian.

Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.

Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.

Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.

Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam.

Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi. – Agensi
Baca Lagi........

Kes Penculik Bogel ,Bapa Fifi Beri Kenyataan

Tiada kata-kata dapat menggambarkan perasaan seorang lelaki yang begitu gelisah dan takut apabila terpaksa menyaksikan leher anak sulung perempuannya diacukan pisau oleh seorang lelaki bogel untuk dijadikan tebusan selama enam jam semalam.


Kelibat Syafrudin Marlis, 47, yang sebelum itu tidak dipedulikan oleh masyarakat sekeliling tiba-tiba menjadi tumpuan apabila dia memperkenalkan diri kepada wartawan sebagai bapa Fifi Ramadhani, 10, iaitu kanak-kanak yang dijadikan tebusan itu.

Walaupun nampak tenang tetapi naluri kebapaan yang terbit dari hati kecilnya memaksa dia mengalirkan air mata sebelum dia sudi menceritakan kejadian yang mencemaskan itu.

"Saya sebenarnya memakai kaki palsu sebelah kanan selepas ia kudung beberapa lama dulu. Saya tidak mampu untuk melawan penculik yang memasuki rumah dan menjadikan Fifi sebagai tebusan.

"Ketika itu kami sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum lelaki itu menerjah masuk. Dia kemudian mengambil pisau di dapur lalu mengacukannya ke leher anak sulung daripada dua beradik itu," ceritanya.-kosmo
Baca Lagi........

Penculik Bogel di Kampung Baru

Penculik Bogel di Kampung Baru | Siapa sangka keseronokan lapan sekeluarga yang sedang asyik menonton televisyen dicemari insiden berdarah apabila salah seorang daripada mereka dijadikan tebusan oleh seorang lelaki sebelum 'drama' itu mencapai klimaksnya dengan suspek mati ditembak polis enam jam kemudian.

Kejadian pukul 10.30 pagi semalam di Lorong Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini itu berlaku apabila suspek berusia 34 tahun tanpa seurat benang tersebut dikejar sekumpulan penduduk yang mengesyaki lelaki tersebut hendak mencuri.

Suspek yang buntu untuk melarikan diri kemudian telah menerjah masuk ke dalam rumah mangsa sebelum mengambil pisau di dapur lalu menangkap dan mengacukan di leher seorang kanak-kanak, Fifi Ramadhani Syafrudin, 10.

Enam ahli keluarga yang terkejut dengan kejadian itu kemudian melarikan diri kecuali bapa mangsa, Syafrudin Marlis, 47. Suspek yang bagikan kerasukan itu kemudian membawa mangsa masuk ke dalam bilik manakala bapanya kekal di ruang tamu.-kosmo
Baca Lagi........

Gambar Janin 15 Minggu Masih Hidup

Gambar Janin 15 Minggu Masih Hidup | Hanover, Jerman – Gambar yang anda lihat dibawah ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?


Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….

Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.

Selepas 6 bulan dijaga dengan rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya.-Harian Metro Online
Baca Lagi........

Pengsan Empat Jam Beratur Tuntut Baucar RM500 BR1M

Akibat menunggu terlalu lama, seorang wanita Orang Asli jatuh pengsan ketika beratur semasa menuntut baucar wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Orang Ramai Kampung Batu Serambai, di sini, tengah hari semalam.

Sinar Harian difahamkan, wanita berkenaan, Ros Geboy, 43, dari Kampung Orang Asli Kelaka hadir ke dewan itu seawal kaunter itu dibuka iaitu pada jam 8 pagi.


Menurut adiknya, Wahab Geboy, 42, kakaknya beratur hampir empat jam dari jam 8 pagi hingga kira-kira jam 12.30 tengah hari.

“Kakak saya tidak menghidap sebarang penyakit tetapi mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas dan terpaksa beratur panjang menyebabkan dia pengsan.

“Kakak saya pengsan selama setengah jam sebelum ambulans datang menghantarnya ke Hospital Jelebu,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kakitangan bank yang bertugas bertindak menuntutkan baucar BR1M milik Ros setelah mendapati dia pengsan ketika beratur.

“Saya juga keletihan akibat menunggu terlalu lama tetapi tidak kisah kerana sudah biasa beratur panjang.

“Cuma mungkin disebabkan cuaca panas, ia menyebabkan orang mudah pening,” katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati jumlah penerima yang ramai menyebabkan proses tuntutan baucar memakan masa hingga ada yang terpaksa beratur di luar dewan.

Dalam pada itu, seramai 488 penerima baucar BR1M bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Klawang menghadiri majlis penyerahan bantuan berkenaan.

Penyampaian baucar itu disempurnakan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klawang, Datuk Yunus Rahmat dan Pegawai Daerah Jelebu, Zulkifli Baharan.-Sinar
Baca Lagi........

Jadikan Insiden ‘Bunyi Aneh Dari Langit’ Iktibar, Pengajaran

Jadikan Insiden ‘Bunyi Aneh Dari Langit’ Iktibar, Pengajaran | ‘Suara aneh dan menakutkan dari langit’ yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak, baru-baru ini mungkin merupakan satu amaran kepada umat Islam di akhir zaman ini.


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, setiap umat Islam wajar mengambil iktibar atas kejadian-kejadian ganjil yang berlaku yang mungkin menjadi petanda kemurkaan Allah atas dosa-dosa yang dilakukan selama di muka bumi ini.


“Setiap yang ganjil berlaku di dunia ini wajar diambil iktibar oleh semua umat Islam..mungkin ia adalah amaran kepada kita..Rasulullah pun ada sebut kita ni umat akhir zaman…banyak petanda yang sudah berlaku…

“Kita perlu merenung diri bermuhasabah diri..terlalu banyak dosa yang kita lakukan, kita merupakan umat paling maju dan bertamadun..namun kita lupa Tuhan, kita semakin kufur padaNya, malah ada suara-suara yang berani mencabar Allah sekarang ni..,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.

Kat bawah ni bunyi yang berjaya dirakamkanoleh seorang penduduk




Tidak menolak kejadian aneh tersebut sebagai salah satu petanda akhir zaman, Harussani turut menjelaskan bahawa beberapa perkara lain yang disebutkan Rasulullah SAW telah berlaku yang menguatkan dakwaan tersebut.

“Dah banyak petanda akhir zaman dah berlaku..hukuman yang pernah diturunkan Allah pada kaum-kaum terdahulu pun dah terjadi juga pada zaman sekarang.

“Rasulullah ada sebut dulu..ada orang yang akan tenggelam dalam bumi, dah berlaku kejadian manusia mati tenggelam dalam tanah runtuh..gempa bumi pun makin kerap berlaku, tiap-tiap bulan kita dengar ada gempa bumi…

“Anak-anak zina pun makin ramai, dah berpuluh-puluh ribu dah..dunia pun dah ada angin ‘sar-sar’, angin ‘sar-sar’ ni ialah angin batu, sekarang ni pun dah ada dah berlaku bencana ni..angin ‘sar-sar’ ni dulu diturunkan Allah kepada umat Nabi Luth,” ulasnya lagi.

Justeru, Mufti Perak itu menasihati umat Islam agar mengambil iktibar di atas segala kejadian yang berlaku kini dan bermuhasabah diri serta kembali kepada agama Allah yang sebenar sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang berlaku di Kota Samarahan tersebut heboh diperkatakan di seluruh dunia dan dilaporkan pernah berlaku di Aaborg, Denmark dan Sweden pada tahun lalu.

Ekoran kejadian tersebut, timbul pelbagai andaian dari masyarakat umum yang mengaitkannya dengan fenomena akhir zaman dan merupakan petanda besar bahawa hari kiamat sangat hampir tiba sebagai pengakhiran dunia.

Selain itu, timbul juga andaian yang menyatakan bahawa insiden itu berpunca dari sebuah program yang dikenali sebagai “High Frequency Active Auroral Research Programme” (HAARP) yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat secara rahsia.

Bagaimanapun, tiada bukti yang menyokong hujah HAARP tersebut memandangkan kejadian itu berlaku di merata dunia dan amat mustahil melibatkan program yang berpengkalan di Gakona, Alaska tersebut.

Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.

Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.

Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu

The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.

Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.


Sila rujuk di sini: http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/

Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.
Baca Lagi........

Al-Quran bersadur emas RM170 juta dipamer

Al-Quran bersadur emas RM170 juta dipamer | Naskhah al-Quran bersadur emas bernilai lebih RM170 juta yang bakal dipamerkan pada pameran Khazanah Islam dari China di Muzium Terengganu bulan depan akan dibekalkan dengan ciri keselamatan dan penjagaan tahap tertinggi.



Dipercayai berusia lebih 500 tahun dan berasal dari Dinasti Ming, China, pihak penganjur juga akan melantik firma keselamatan swasta bagi memastikan keselamatan artifak itu sepanjang enam bulan sesi pameran.

Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah berkata, pameran bertaraf antarabangsa itu adalah hasil kerjasama dengan penganjur acara, Topchain Capital Sdn. Bhd. -Kosmo
Baca Lagi........

Pejabat Megaupload diserbu

Pejabat Megaupload diserbu  | Sepasukan anggota kastam Hong Kong menyerbu beberapa pejabat, premis tempatan dan suit hotel mewah di sini dalam siasatan ke atas laman perkongsian fail Internet, Megaupload.com.


Siasatan berkenaan yang dilakukan di seluruh dunia dikendalikan oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Seramai 100 anggota kastam menyertai serbuan di sini kelmarin dan merampas sebahagian besar bukti digital selain aset haram mencecah HK$330 juta (RM130.4 juta).

"Semua aset ini dibeku kan di bawah undang-undang Hong Kong. Operasi kami masih diteruskan," kata pihak kastam Hong Kong dalam satu kenyataan.

Dalam operasi berkenaan, pihak berkuasa turut menyerbu beberapa suit hotel mewah yang kadar sewanya HK$100,000 (RM40,010) sehari dan menemui beberapa pelayan berkelajuan tinggi dan skrin televisyen yang disyaki memiliki kaitan dengan kes berkenaan.

Serbuan dibuat susulan penutupan Megaupload.com oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) Khamis lalu selepas laman web itu didakwa terbabit dalam aktiviti cetak rompak dan pelanggaran hak cipta.

Pengasas laman Megaupload.com, Kim Dotcom yang juga dikenali sebagai Kim Schmitz kini ditahan di New Zealand selepas polis menyerbu kediamannya di negara itu.

KIM DOTCOM

Warga Jerman berusia 37 tahun itu yang memiliki status penduduk tetap New Zealand dan Hong Kong dinafikan ikat jamin bersama tiga lelaki lain semasa mereka dihadapkan di sebuah mahkamah daerah di Auckland kelmarin.

Dalam serbuan di banglo mewah yang diduduki oleh Dotcom di Auckland, polis New Zealand turut merampas beberapa kereta mewah berharga AS$4.8 juta (RM14.9 juta) termasuk sebuah Cadillac merah jambu keluaran 1959 dan sebuah kereta Rolls Royce Phantom.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kehakiman AS dan FBI telah mendakwa tujuh individu yang dituduh "bertanggungjawab melakukan aktiviti cetak rompak besar-besaran secara atas talian menerusi Megaupload.com dan beberapa laman web berkaitan".

Megaupload menyebabkan kerugian lebih AS$500 juta (RM1.55 bilion) kepada pemilik-pemilik hak cipta dengan menawarkan salinan cetak rompak filem, program televisyen dan kandungan lain.

Ia adalah antara laman web perkongsian fail paling popular di dunia dengan mencatatkan sekitar 50 juta pengguna setiap hari. - AFP
Baca Lagi........

Ally Iskandar sah milik Farrah Lee

Ally Iskandar sah milik Farrah Lee | Pengacara TV3, Ally Iskandar Mardzi, 36, selamat diijabkabul dengan pasangan pilihan, Farrah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, 23, di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam di sini semalam.

Dengan hanya dua kali lafaz di hadapan jurunikah, Mohamad Abu Bakar, Ally yang segak berbaju Melayu putih sah menjadi suami kepada Farah Lee dengan mas kahwin berjumlah RM250.



Majlis itu turut disaksikan hampir 500 hadirin terdiri daripada kaum keluarga, rakan-rakan dan sebahagian peminat.

Pada majlis pernikahan itu, keluarga Farah Lee menyerahkan sembilan dulang hantaran termasuk satu set persalinan lelaki, telefon bimbit jenis I-Phone 4S dan tafsir al-Quran.

Keluarga Ally pula membalas dengan tujuh dulang hantaran termasuk komputer riba jenis Apple, replika kunci rumah dan satu set coklat. -Kosmo. Selamat pengantin baru ....
Baca Lagi........

Pesanan Terakhir Arwah Izwan Pilus Minta Aril Jaga Ibu Bapa

Pesanan Terakhir Arwah Izwan Pilus Minta Aril Jaga Ibu Bapa | Penyanyi Khairil Azam Pilus atau Aril memberitahu tidak dapat melupakan pesanan abangnya, Allahyarham Khairil Izwan Pilus, 33, supaya menjaga ibu dan ayah mereka.

Selain amanat itu, Izwan pernah memarahi Aril yang masih tidak tahu melipat baju kira-kira tiga minggu lalu itu.


“Semua ini berlaku dengan begitu pantas. Saya tak sangka abang (Izwan) pergi secepat ini. Masih terngiang-ngiang di telinga saya apabila dia memberi kata-kata akhir yang di sayangkan saya dan meminta saya untukmenjaga mak dan ayah.

“Malah tiga minggu sebelum meninggal, dia ada memarahi saya kerana tidak tahu melipat baju. Katanya; ‘kau ni bila nak pandai lipat baju’?Nak tunggu aku mati ke baru nak belajar?’,” katanya sebak.

Izwan meninggal dunia di Hospital Ampang, dekat sini kira-kira pukul 6.15 petang Jumaat, akibat terkena jangkitan kuman dalam darah dan virus kencing tikus yang serius.

Mengimbas tentang karakter Izwan, kata Aril yang merupakan bintang Akademi Fantasia ke Tujuh (AF7) oyu berkata, penyanyi itu seorang yang bersifat pelindung dan selalu membantu keluarga ketika dalam kesusahan. MalahIzwan begitu bijak dalam menguruskan hal keluarga.


Dalam pada itu, Aril dan abangnya itu turut merancang untuk menghasilkan sebuah single duet bersama, namun impian itu tidakkesampaian.

“Nampaknya impian kami untuk menyanyi berduet tidak tercapai dan saya pun tak pasti apa yang perlu dirancang selepas ini memandangkan abang dah tak ada,” ujarnya ringkas.

Ketika di hospital, lebih daripada 100 orang termasuklah keluarga, rakan-rakan artis dan pihak media memenuhi kawasan bilik mayat untuk melihat Allahyarham buat kali terakhir.

Penyanyi Farhan (AF) yang datang bersama tunangnya berkata, dia terkejut dengan berita kematian teman akrabnya itu.

“Walaupun sedih dengan pemergiannya, saya reda dengan ketentuan Ilahi. Sekurang-kurangnya saya adalah orang yang terawal datang ke hospital untuk melihatnya buat kali terakhir.

“Memang perasaan saya sangat sedih kerana kami telah mengharungi pelbagai kenangan pahit dan manis bersama sejak berkenalan padapertandingan nyanyian Bintang RTM pada tahun 2004.

“Dia seorang yang begitu baik dan suka menyakat rakan-rakannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat,” kata Farhan.

Pelakon dan penyampai radio Suria FM, Kencana Devi pula berkata, sehingga kini dia masih lagi tidak dapat menerima kehilangan Izwan kerana usia yang terlalu muda.

“Susah untuk saya terima tentang pemergiannya. Berdasarkan apa yangsaya tahu, Izwan seboleh-bolehnya tidak mahu menyakiti hati sesiapa dan kerana itu dia dikelilingi ramai teman hari ini,” ujarnya.

Selain Farhan dan Kencana, antara selebriti yang melawat Allahyarham di hospital ialah Farawahida, Zed Zaidi, Akim dan Hafiz (AF), Azza (Elite) dan Roslan Shah.

Izwan merupakan finalis Bintang RTM 2004 telah menghasilkan album “Erti Kasih” yang memuatkan lagu “Kembali Senyum”, sebuah lagu saduran yang dipetik daripada drama “Full House” dari Korea Selatan.

Dia juga aktif menjadi pengacara untuk beberapa program terbitan RTM.

Terdahulu jenazah Allahyarham yang di bawa pulang ke kampungnya pada Jumaat selamat dikebumikan kira-kira pukul 10.30 pagi Sabtu, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palembang Gubah, Jasin, Melaka. -Mstar. Sedekah Al-Fatihah untuk arwah Izwan.....Moga Rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman...
Baca Lagi........

Gambar Kahwin Ally Iskandar dan Farah Lee

Gambar Kahwin Ally Iskandar dan Farah Lee |
Ally pengacara terkenal TV3, atau nama penuhnya Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 telah selamat bernikah bersama pasangannya Nurfarahin Romli, 23 atau lebih dikenali sebagai Farah Lee di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu, tepat jam 10:03 minit pagi pada tanggal 20 Januari 2012. 

Farah Lee penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Incheon, Korea Selatan yang akan menamatkan pengajiannya Disember ini,adalah gadis yang menjadi pilihan keluarga Ally.


Hanya 2 kali lafaz, Ally Iskandar  telah dinikahkan berwakil wali bapanya, Romli Bin Ismail oleh jurunikah kawasan Kampung Atas Tol, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin berjumlah RM250.

Pihak lelaki, Ally Iskandar menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan iaitu set pakaian lelaki, sedulang manisan, kelengkapan baju melayu, sejadah dan jubah, gubahan bunga rampai, replika rumah, sebuah iPhone dan sebentuk cincin.

Farah lee menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.


Detik-detik pekenalan Ally dan Farah Lee bermula hanya berhubung melalui laman Facebook.Pada 20 Ogos tahun lalu bersamaan 20 Ramadan barulah mereka bertemu apabila Farah diajak oleh adik Ally Iskandar yang juga kenalannya sejak sekolah menengah berbuka puasa bersama abangnya Ally, di sebuah restoran dan dari situ bermula cinta pandang pertama mereka.


Majlis dibuat secara sederhana dengan dan hanya kenalan dan rakan sekerja serta keluarga terdekat sahaja hadir. Bukan soal takut publisiti,cuma Ally memilih untuk majlis itu dibuat secara kecil-kecilan sahaja, tidak perlu besar-besaran atau majlis yang penuh glamor.-araublogger.blogspot.com
Baca Lagi........

Rita Rudaini Terima Surat ‘Tidak Masuk Akal’ Daripada Suami

Pelakon Rita Rudaini Mokhtar terkejut apabila menerima sepucuk surat daripada suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak kerana membuat tuntutan yang disifatkan sebagai “tidak masuk akal”.

Rita berkata, dia menerima surat yang dikirimkan oleh peguam Aidil itu daripada pengawal keselamatan di kediamannya di Damansara di sini pagi Khamis (pagi ini) ketika hendak keluar rumah untuk menjalani penggambaran sebuah telefilem terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd.

“Saya terkejut membaca isi kandungan surat tersebut selepas diberikan oleh pengawal keselamatan rumah saya. Aidil membuat tuntutan yang tidak masuk akal langsung,” katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Mengenai isi kandungan surat berkenaan, Rita memberitahu dia tidak boleh memaklumkan kepada umum kerana diminta oleh peguamnya yang mahu meneliti surat itu terlebih dahulu.

Kata Rita, peguamnya sedang memikirkan bentuk tindakan yang hendak diambil sebelum satu kenyataan boleh dibuat Rita kepada pihak media.

Ditanya adakah Aidil pulang selepas meninggalkan rumah lebih seminggu lalu, Rita berkata suaminya itu tidak berbuat demikian.

Jelas Rita sekiranya Aidil merindui dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang berusia sembilan bulan, suaminya itu boleh pulang ke rumah.

“Dia masih suami saya. Kami tidak bercerai pun. Kalau dia rindu anak, baliklah rumah. Buat apa nak tidur rumah orang. Kita kan ada rumah sendiri,” kata Rita.

Jelasnya, Aidil sepatutnya tidak perlu menghantar surat itu sedangkan dalam tempoh lapan bulan lalu, mereka berjaya menjerihkan kekeruhan dalam rumah tangga tanpa ada sebarang masalah.

Malah Aidil juga boleh berbincang untuk mencari penyelesaian dalam setiap perkara kerana mereka masih lagi suami isteri yang sah.

“Kalau ada yang tak kena, apa salahnya kita berbincang. Ini pula hantar surat yang tidak masuk akal langsung. Dalam hal ini saya akan mempertahankan hak saya kerana saya percaya, saya berada pada pihak yang benar,” katanya.

Pada 10 Januari lalu, Rita bersama dua anaknya yang baru pulang dari Kangar, Perlis agak terkejut apabila mendapati Aidil meninggalkan rumah selepas menghantar mesej menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) tanpa memberitahu alasannya.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu seorang pembantu rumah Rita memberitahu kembar bintang bola sepak tersebut iaitu Zaquan Adha bersama isterinya, pelakon Ayu Raudhah membantu untuk “membawa lari” Aidil dari rumah berkenaan.

Harian Metro
Baca Lagi........

Guru terkejut akaun bank ada RM30.59 bilion

Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) terkejut apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion).

Guru itu, Parijat Saha (gambar), 42, dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620).

“Saya terkejut melihat jumlah yang terlalu banyak,” katanya.

Akaun itu menunjukkan baki sebanyak AS$9.87 bilion (RM30.59 bilion).

Selepas pulih daripada kejutan awal kerana menjadi seorang bilionair dalam tempoh semalaman, sekurang-kurangnya di atas kertas, Saha, menyatakan dia terus menghubungi seorang rakan yang dikenalinya di bank berkenaan untuk menunjukkan ia secara jelasnya satu kesilapan perakaunan.

Bank Negara India menyatakan, ia masih tidak mengetahui dengan jelas bagaimana jumlah tersebut didaftarkan dalam akaun Saha.

“Kami cuba untuk memastikan apa yang silap,” kata seorang pengurus cawangan bank itu, Subhashish Karmakar.

“Kita telah menghubungi ibu pejabat wilayah di Kolkata dan ibu pejabat kebangsaan di Mumbai,” tambahnya. – AFP
Baca Lagi........

Shahrizat fail saman RM100 juta terhadap pemimpin PKR

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semalam memfailkan saman RM100 juta terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dan pengarah strategi parti itu Mohd. Rafizi Ramli berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah beliau berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).



Beliau memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil melalui firma peguam Shafee & Co. pada pukul 3 petang.

Shahrizat, yang kini bercuti tiga minggu untuk memudahkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kontroversi NFC menuntut ganti rugi am RM50 juta dan RM50 juta lagi bagi ganti rugi teladan dan teruk daripada kedua-dua defendan.

Beliau juga memohon satu injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau dengan cara penerbitan terhadap beliau berhubung sebarang perkara berkaitan dengan NFC atau syarikat-syarikat bersekutu.

Beliau juga menuntut kos perundangan dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam pernyataan tuntutannya, Shahrizat menyatakan bahawa pada setiap masa beliau tidak memegang sebarang jawatan dalam NFC dan kedua-dua defendan mula mengadakan sidang akhbar di pelbagai lokasi untuk memfitnah NFC, suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan keluarga.

Ketua Wanita UMNO itu mendakwa bahawa defendan secara sistematik dan berniat jahat melancarkan satu kempen untuk ‘serang, mencemarkan nama baik, memburuk-burukkan dan memfitnah plaintif’ dengan menyebarkan dakwaan mengandungi fitnah terhadap beliau.

Kosmo
Baca Lagi........

Pelik : Penyamun Ucap Terima Kasih Selepas Samun

Dua penyamun mengucapkan terima kasih kepada pemilik sebuah kedai runcit selepas menyamun premis itu di sebuah pangsapuri di Jalan Klang Lama, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.10 malam itu, mangsa yang juga wanita yang sarat mengandung berseorangan sebelum didatangi seorang pelanggan lelaki berpakaian serba hitam.


Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Puven, 38, berkata ketika kejadian, dia berada di rumah di tingkat dua blok pangsapuri di kawasan sama untuk mandi dan ketika hendak turun semula ke kedai, dia menerima panggilan daripada isteri yang memaklumkan kedai mereka disamun dua lelaki bersenjatakan parang.

Beliau berkata, dua lelaki itu memasuki kedainya dengan berpura-pura membeli rokok sebelum seorang daripada mereka bercakap dengan isterinya mengenai pelbagai barangan yang dijual di kedainya.


Katanya, seorang lagi yang memakai topi keledar pula berkawal di luar kedai dan menghalang pelanggan lain masuk ke kedai itu dengan menyatakan tuan kedai keluar makan.


“Selepas bercakap dengan isteri saya, tiba-tiba lelaki itu meminta dia mengeluarkan semua wang yang disimpan dalam peti simpanan dan apabila enggan berbuat demikian, lelaki itu mendekatinya sebelum meletakkan pisau di perutnya.

“Akibat panik, isteri menyerahkan semua wang tunai dan kad sim prabayar bernilai RM1,500 kepada lelaki terbabit. Mereka tidak segera meninggalkan kedai sebaliknya terus berbual dengan isteri lebih 10 minit,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, lelaki terbabit menyatakan sekiranya isterinya enggan menyerahkan wang tunai itu secara ‘percuma’, suspek sanggup meminjam wang itu dengan isterinya dan membayar semula pada hari lain.

“Selain itu, lelaki terbabit mengucapkan terima kasih kerana isteri saya menyerahkan wang kepadanya sebelum beredar.


“Sebelum memasuki kawasan perumahan yang dikawal pengawal keselamatan, kedua-dua lelaki itu dipercayai mengugut pengawal terbabit dengan menyatakan akan memecahkan kepala pengawal itu jika enggan membenarkan mereka masuk, malah mereka dipercayai tinggal di kawasan berdekatan,” katanya.


Menurutnya, dia bernasib baik kerana mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) di kedainya dan sudah menyerahkan rakaman berkenaan kepada polis ketika membuat laporan di Balai Polis Petaling, semalam.-mymetro

Penyamun ni bersopan sungguh ...mungkin Robin Hood kot !!
Baca Lagi........