Recent Post

Mohd Saiful reda dengan keputusan mahkamah tinggi

Menangi iPhone 4s kat sini

Pengadu dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan reda dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah terhadap dakwaan tersebut.


Mohd Saiful, 26, dalam akaun Twitter miliknya, berkata, beliau akan terus tenang, berdoa dan sabar menerima keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

"Tidak di dunia, namun di Masyar pasti. Reda dgn ketentuan-Nya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi,” demikian entri akaun Twitternya.

Mohd Saiful tidak hadir semasa mahkamah membuat keputusan itu.

Semasa melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu, Mohamad Zabidin berkata, tiada bukti yang menyokong keterangan Mohd Saiful, dan mahkamah tidak boleh bergantung semata-mata kepada keterangan tersebut bagi menyabitkan Anwar.

Keputusan mahkamah berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan badan kehakiman negara bebas dan mengeluarkan pendapat serta keputusan tanpa pilih kasih, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Penghakiman sudah diputuskan... dengan itu sah badan kehakiman negara ini mempunyai reputasi dan pendirian yang boleh disetarafkan dengan keputusan kehakiman negara maju berasaskan kepada ”rule of law” atau keunggulan undang-undang,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Terdahulu dalam satu kenyataan, Rais berkata, Malaysia memiliki badan kehakiman yang bebas dan keputusan tersebut membuktikan kerajaan tidak mempunyai pengaruh ke atas keputusan hakim.

"Keputusan dan pendapat mahkamah yang mencerminkan keadilan wajar kita hormati.

"Saya sendiri amat bangga dengan badan kehakiman Malaysia yang menjalankan tugas tanpa memilih bulu,” katanya.
Menangi iPhone 4s kat sini
RAHSIA Buat Duit dengan FACEBOOK!!!


0 comments:

Post a Comment