Recent Post

Harimau bintang serang manusia di India

Menangi iPhone 4s kat sini

Seekor harimau bintang mencakar empat orang selepas haiwan itu sesat di Silphukhuri di Guwahati, timur laut India, menurut beberapa laporan semalam.

Insiden itu yang berlaku kelmarin apabila harimau tersebut memasuki sebuah rumah dan mula menyerang sejumlah penduduk di sebuah kawasan yang sibuk.

"Kami berasa terkejut apabila melihat seekor harimau bintang berada di dalam rumah dan kemudian haiwan berkenaan mula menyerang," kata seorang saksi, Nipu Das kepada agensi berita IANS.

Orang ramai melarikan diri dalam keadaan panik semasa insiden berkenaan berlaku.

Bagaimanapun, harimau itu kemudian ditembak dengan ubat pelali oleh satu pasukan hidupan liar.

Haiwan itu kemudian dihantar ke sebuah zoo.

Pihak berkuasa menyatakan haiwan itu datang dari sebuah hutan di pinggir Guwahati.

Pemusnahan hutan di sekitar bandar-bandar di India telah menyebabkan sejumlah haiwan liar keluar dari habitat asal dan menyerang manusia.

Kejadian yang sama telah dilaporkan berlaku di Jammu dan Kashmir, Uttar Pradesh serta Haryana sejak beebrapa bulan lalu. - Agensi
Menangi iPhone 4s kat sini
RAHSIA Buat Duit dengan FACEBOOK!!!


0 comments:

Post a Comment