Recent Post

Bantah Kempen Bebaskan Anwar 901: Aduan polis kini 486

Menangi iPhone 4s kat sini

Jumlah laporan polis bagi membantah Kempen Bebaskan Anwar 901 naik mendadak semalam apabila sebanyak 147 laporan polis diterima dalam tempoh sehari.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan laporan yang dibuat pelbagai pihak sehingga semalam adalah sebanyak 486 berbanding 339 pada hari sebelumnya.

Terengganu menerima laporan polis tertinggi bagi tempoh semalam iaitu sebanyak 55 diikuti Kedah dan Sabah masing-masing 18 manakala Selangor (12).

Selain itu, Pahang menerima sembilan laporan, Johor (8), Pulau Piang (6) manakala Kuala Lumpur, Perlis dan Perak masing-masing lima laporan, Kelantan (4) dan Melaka dua laporan.

Sementara itu, di Shah Alam, polis diminta menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kenyataan berunsur hasutan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali semalam yang mengajak masyarakat berhimpun secara haram sempena Kempen Bebaskan Anwar 901.

Permintaan itu dibuat Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor dalam lima laporan polis di IPD Shah Alam, pukul 12.30 tengah hari ini.

Di Kota Bharu, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) membuat laporan polis bagi meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada penganjur perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901.

Laporan tersebut dibuat oleh Presidennya, Azmi Ali yang diiringi kira-kira 100 ahli pergerakan itu di Balai Polis Kota Bharu dekat sini, kira-kira pukul 4 petang ini.

Azmi berkata, laporan tersebut dibuat bagi membantah perhimpunan haram tersebut kerana ia akan hanya menjejaskan ketenteraman awam di ibu negara seterusnya merugikan semua pihak.

"Selain menyalahi undang-undang, perhimpunan tersebut boleh menjejaskan nama baik negara di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.-utusan
Menangi iPhone 4s kat sini
RAHSIA Buat Duit dengan FACEBOOK!!!


0 comments:

Post a Comment