Recent Post

Beberapa jalan di KL dijangka sesak Isnin 9 Jan 2012

Menangi iPhone 4s kat sini

Beberapa jalan di ibu negara dijangka sesak bermula pukul 7 pagi Isnin ini ekoran perhimpunan 901 sempena pengumuman keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur menyatakan  jalan-jalan terlibat ialah Jalan Duta dari kedua-dua arah, Jalan Kuching, Bulatan Segambut, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah, Jalan Dutamas, Jalan

Persiaran Dutamas dan Jalan Hikmat Usaha.
Jalan-jalan berkenaan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya.

Justeru, Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mengelak kesesakan pada hari itu.

"Pengguna jalan raya perlu elak daripada menggunakan jalan-jalan itu jika tiada urusan penting.

"Kakitangan pejabat yang bertugas dan orang ramai yang mempunyai urusan di sekitar kawasan itu dinasihat menggunakan pengangkutan awam. Orang ramai perlu mematuhi arahan dan beri kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis yang bertugas," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar memastikan kenderaan mereka yang diparkir tidak menghalang lalu lintas pada hari itu.

Kesesakan itu dijangka berlaku berikutan perhimpunan penyokong Anwar ekoran keputusan Mahkamah Tinggi berhubung tuduhan kes liwat Ketua
Pembangkang itu terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. - Bernama
Menangi iPhone 4s kat sini
RAHSIA Buat Duit dengan FACEBOOK!!!


0 comments:

Post a Comment