Recent Post

Kandang Kambing Jadi Tempat Perjudian

Menangi iPhone 4s kat sini

Enam lelaki yang leka bermain ‘judi belangkas’ di sebuah kandang kambing di Kampung Sering, Binjai, di sini, ditahan polis jam 6.45 petang kelmarin. Mereka yang bekerja sebagai buruh dan petani berusia antara 35 dan 63 tahun itu ditahan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 selepas tidak menyedari kehadiran polis kerana asyik bermain judi.


Sementara itu, dalam serbuan dilakukan di Kampung Petalak, Jejulok, Bachok, pula seorang lelaki yang membuka perniagaan kedai makan di depan rumahnya ditahan selepas dipercayai menjadikan kediamannya itu sebagai ‘mini kasino’ dengan menyediakan tempat untuk kaki judi bermain berjudi daun terup.

Dalam operasi kira-kira jam 5 petang itu, polis menahan empat kaki judi, termasuk pemilik kedai berkenaan yang berusia lingkungan 20 hingga 45 tahun.

Pegawai Turus Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Asisten Superintendan Nik Rosdi Nik Yahya, berkata beliau bersama 11 anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah IPK membuat serbuan itu selepas pemerhatian dilakukan selama seminggu.

“Kita merampas sejumlah wang dan daun terup. Seorang daripada yang ditahan juga adalah ejen nombor ekor haram,” katanya.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret di sini, semalam, empat lelaki yang ditahan di Kampung Petalak dihadapkan dikenakan denda RM2,500 setiap seorang selepas masing-masing mengaku salah atas tuduhan berjudi.

Tertuduh, Nazri Muhamad, 41; Hashim Mohd Yusof, 45, Mohd Azmi Mohamed, 27, dan Ahmad Saiful Nizam Ab Ghani, 21, membuat pengakuan itu di depan Majistret Mohamed Hafiz Mohd Noor.

Berdasarkan pertuduhan, mereka bersama-sama pada 4 Januari lalu jam 5 petang di Kampung Petalak, Jejulok, Bachok, didapati bermain judi daun terup dengan menggunakan wang sebagai pertaruhan.

Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka (Akta 289), jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hafiz Abdul Rahman. -beritaharian
Menangi iPhone 4s kat sini
RAHSIA Buat Duit dengan FACEBOOK!!!


0 comments:

Post a Comment