Recent Post

Berbaloikah Sebuah Azam Tahun Baru?

Menangi iPhone 4s kat sini

Setakat nak berazam siapa pun boleh ,  buat tak pun ,betul tak ? Azam, cita-cita dan matlamat, semuanya merujuk kepada satu perkara serupa – impian Anda! Dalam perniagaan, kekeluargaan, kerjaya dan kewangan, Anda perlu bergerak ke depan. Sebab, masa berubah, zaman berubah menjadi bergerak ke depan. Maka dengan itu, Anda juga kena ke depan.


Persoalannya, penting sangatkah azam tahun baru? Penting. Sebab, tiada azam, samalah seperti Anda mahu membidik sasaran tapi tiada apa yang mahu ditembak. Anda ada peluru, ada senapang, ada peralatan cukup lengkap, tapi tidak ada apa-apa yang mahu dikejar sebagai sasaran. Maka, tiadalah gerakan. Tiadalah kemajuan! Hidup Anda tidak ada perkembangan. Asyik di situ-situ saja.

Ubahlah tahun 2012 ini jadi tahun yang dua kali ganda lagi best dari tahun 2011. Set azam baru. Andai kata azam lama masih belum tercapai,capailah dulu azam lama baru set azam baru. Fokus lebih ampuh apabila Anda set tidak lebih dari 5 azam dalam setahun. Azam lama yang gagal dicapai pada tahun lalu bawak semula ke tahun baru. Bila sudah berjaya di capai, barulah bergerak ke azam seterusnya.

Hidup ini adalah proses perjalanan, bukan satu destinasi. Selepas mencapai satu matlamat, set lagi matlamat lain kemudian bergeraklah ke arahnya. Lama kelamaan Anda akan merasa seronok dengan proses yang Anda lalui sepanjang berusaha mengejar matlamat baru itu, kerana ia ada ‘thrill’ tersendiri.

Berbaloikah sebuah azam? Ya, jika Anda ada satu azam kemudian Anda bulatkan tekad mahu mencapai azam itu. Sebuah azam tidak akan berbaloi apabila Anda cuma memikirkannya, bercakap mengenainya, berbahas mengenainya, bermimpi mengenainya, memvisualkannya, tapi kurang ada tindakan untuk merealisasikan azam tersebut.-imotivasi.net
Menangi iPhone 4s kat sini
RAHSIA Buat Duit dengan FACEBOOK!!!


0 comments:

Post a Comment