Recent Post

Semak Keputusan Tawaran Ke KV, SM Teknik dan Vokasional 2012

Menangi iPhone 4s kat sini

Kepada yang menduduki PMR 2011 dan dan ada membuat permohonan memasuki Tingkatan 4 2012 ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online mulai 30 Disember 2011.



Semakan Permohonan KV SMT SMV :
Semakan permohonan ke Tingkatan 4 KV, SMT dan SMV boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor kad pengenalan pemohon.
Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke KV, SMT dan SMV 2012 adalah di http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakan2012/

Rayuan :
Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan.
Rayuan boleh dibuat terus kepada Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan.
Sila rujuk Senarai Sekolah Menengah Teknik / Vokasional untuk mendapatkan kod sekolah.
Sila rujuk Senarai Kursus untuk mendapatkan kod kursus tersebut.
Borang rayuan boleh rujuk di Borang Rayuan Kemasukan ke SMT/SMV 2011.
Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.

Pertanyaan :
Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik / Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 / 5073.
Menangi iPhone 4s kat sini
RAHSIA Buat Duit dengan FACEBOOK!!!


0 comments:

Post a Comment