Recent Post

Manchester United kata Kata Kami tak Gentar

Menangi iPhone 4s kat sini

Alex Ferguson masih berkeyakinan tinggi betapa Manchester United akan meningkatkan tahap permainan mereka apabila berdepan pasukan gergasi pada pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.
Buat kali kedua musim ini, United gagal meraih mata penuh di Old Trafford apabila sekadar seri 2-2 dengan Benfica, awal pagi semalam, sekali gus merelakan kelab Portugal itu menjadi pasukan pertama mara dari Kumpulan C.


FLETCHER (kiri) berlari ke arah rakan sepasukan selepas menewaskan penjaga gol Benfica dalam saingan Kumpulan C Liga Juara-Juara, kelmarin.
United kini perlu mengelak tewas kepada FC Basel pada aksi terakhir kumpulan, 7 Disember ini untuk turut layak kerana mereka hanya satu mata mengatasi kelab Switzerland itu. 

Andai layak, United berdepan laluan berliku pada pusingan kalah mati apabila bakal diundi bertemu pasukan handalan Eropah seperti Barcelona, Real Madrid, Bayern Munich atau Inter Milan. 

“Pasti sukar jika kami menamatkan saingan di tempat kedua. Tapi ia perlu dilihat dari sudut berbeza, mungkin perlawanan besar lebih sesuai buat kami,” kata Ferguson. 

Selepas ketinggalan menerusi jaringan sendiri Phil Jones seawal minit ketiga, United bangkit membalas dua gol hasil ledakan Dimitar Berbatov (30) dan Darren Fletcher (59) sebelum jaringan Pablo Aimar (60) mengikat kedudukan 2-2. – AFP
Menangi iPhone 4s kat sini
RAHSIA Buat Duit dengan FACEBOOK!!!


0 comments:

Post a Comment