Recent Post

Hasan Ali nafi dakwaan Mustafa

Menangi iPhone 4s kat sini

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berhubung pertemuan beliau dengan beberapa pihak yang dikaitkan dengan Umno.

Menurutnya, dakwaan tersebut menunjukkan Mustafa sekali lagi, terperangkap dengan prasangka buruk dan fitnah sesama Islam.


Beliau berkata, sebagai setiausaha agung parti berteraskan Islam yang berwibawa, tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar dari mulut beliau.

“Saya tidak bertemu de­ngan mana-mana orang dikaitkan dengan Umno (sama ada pimpinan Umno di peringkat bawahan, pertengahan atau atasan pada masa dan tempat yang dinyatakan) dan perbincangan yang dibuat, tiada langsung yang berkaitan dengan Pas dan Umno.

“Setahu saya yang ada ialah pertemuan berulang kali di antara beliau (Mustafa) dengan pemimpin tertinggi Umno. Terdapat permohonan daripada beliau sendiri untuk bertemu dengan seorang pemimpin tertinggi Umno yang sehingga kini belum dapat diadakan,” katanya.

Hasan turut mempersoalkan dan ingin mendapatkan pengesahan Mustafa yang dikatakan menubuhkan unit risikan di Pejabat Agung Pas.

“Sejak bila Pejabat Setiausaha Agung menubuhkan unit risikan dan intipan di Pejabat Agung Pas. Saya juga ingin tahu mengenai tugasan merisik dan mengintip dalam konteks menjaga kesatuan dan perpaduan dalam parti,” katanya di kediamannya di sini, semalam.

Menurutnya, beliau bersedia disiasat pimpinan tertinggi parti, malah meminta sia­satan sama dilakukan ke atas Mustafa berhubung perkara tersebut.

“Kalau hendak tanya lebih lanjut, saya pulangkan kepada pimpinan tertinggi parti membuat siasatan mengenai perkara ini.

“Saya suka kalau siasatan terperinci dibuat di atas pertemuan yang dikatakan saya dengan pihak berkaitan Umno. Perkara sama dan siasatan sama juga perlu terhadap Mustafa,” katanya.

Dalam pada itu katanya, beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media berhubung perkara tersebut, sekiranya Mustafa mengambil tindakan sama.

“Untuk berhenti bercakap ini, kedua-duanya kena berhenti bercakap. Pertemuan dengan media akan dikurangkan dengan jarak masa munasabah dan kalau ada kenyataan atau ulasan segera yang kritikal, maka itu saya akan bertemu saudara,” katanya.
Menangi iPhone 4s kat sini
RAHSIA Buat Duit dengan FACEBOOK!!!


0 comments:

Post a Comment