Recent Post

Selidik ‘Teman Intim’ Pasangan Anda !!

Menangi iPhone 4s kat sini

Apa pasangan anda buat kat belakang anda semasa ketiadaan anda ? Ikuti artikel Dr Juanda ni memang best.

”Aku dah tak larat lagi dengan perangai laki aku tu, aku nak minta cerai juga!” Sambil menangis di bahu sahabatnya, Suzie menceritakan kisah pilu sejarah perkahwinannya. Ina yang setia mendengar luahan Suzie ikut tenggelam dalam emosi. Diapun mengapi-apikan lagi bahang kepanasan di hati Suzie. ”Memang- patut kau tinggalkan laki kau tu, biar padan muka dia, cerai aje lah. Jangan bagi peluang lagi dengan lelaki kedekut dan ego macam dia. Dahlah tak romantik, tak tahu nak menghargai isteri, tak bersyukur dapat isteri cantik, tinggi pangkat, hebat macam kau ni. Dia fikir susahkah kau dapat pengganti lain yang jauh lebih handsome daripada dia, sekali petik jari datang seribulah. Kau jangan takut, aku tolong kau lari dari masalah ini.”

Lain pula dialog di antara Anuar dan Zaki. Dua orang lelaki bawah tiga puluhan ini saling mengadu tentang perangai isteri masing-masing. “Isteri aku kuat sangat merajuk, semua mesti ikut suka dia, aku langsung tak boleh pujuk, terpaksa mengalah. Ah…siksanya!” Zaki mengeluh. Anuar pula tersengih mengejek: “Padan muka kau, pilih yang cantik, anak orang kaya, boleh hidup senang konon! Rilekslah …. sabar! Kau kena belajar menakluk hati perempuan. Gentlemanlah sikit, jangan menyerah kalah!” Zaki menjawab pantas: ”Pandai kau nasihat aku ye, kau pula apa kurangnya, selalu aje pinjam duit aku nak senangkan hati bini, ikut semua permintaannya. Hei! Kalau aku tak ada ke mana kau nak minta tolong? Dah lah tu … macam mana nak ubat hati aku yang tak tenang ni.” Anuar memberi idea gila: ”Lebih baik kita cari perempuan yang boleh puaskan hati kita, daripada dok fikir hal perempuan di rumah tu. Jom!

Begitulah kisah-kisah rahsia suami isteri yang biasa dijaja tanpa was-was. Suami mengata isteri di hadapan kawan, begitu pula isteri mencaci suaminya tanpa rasa berdosa. Peranan seorang kawan amat bererti bagi setiap pasangan suami isteri. Disebabkan kawan, rumahtangga boleh berantakan. Kerana kawan juga kasih sayang boleh bertaut kembali. Betapa pentingnya kita mengenali siapakah kawan rapat pasangan kita.

Kawan Dunia Akhirat.
Pepatah Arab ada menyatakan: “Jangan tanya siapa dia, tetapi tanyalah siapa temannya. Setiap teman pasti mengikuti temannya.”

Isteri mana yang tak sedih jika suaminya lebih mementingkan sahabatnya daripada keluarga sendiri. Ada yang sanggup mengeluarkankan harta benda untuk menolong sahabat tetapi pada masa yang sama mengorbankan keluarga. Duit untuk belanja kawan sentiasa ada, tapi nak beri nafkah isteri bukan main kedekut. Begitu pula keadaannya jika isteri lebih mementingkan diri sendiri. Rela berhabis segalanya untuk bergembira bersama kawan. Pergi bersiar-siar di Mall, sibuk dengan keahlian itu ini, akhirnya tiada masa untuk anak dan suami. Semuanya kerana kawan. Tidak dinafikan bahawa bersosial juga penting dalam kehidupan, namun jika kita tidak mengaturnya dengan cara yang positif pasti berakhir dengan kehancuran. Bukan hanya diri peribadi, hubungan dengan suami dan anak, juga keamanan dan ketenteraman dalam keluarga yang kita bina akan tergugat. Untuk itu al-Quran telah memberi satu acuan yang penting untuk mencari sahabat sejati yang membawa kepada kebahagian keluarga anda.

Firman Allah SWT yang bermaksud: ”Teman-teman yang akrab pada hari itu (di akhirat), sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Zukhruf Ayat: 67)

Syarat mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat ialah teman-teman akrab yang bertakwa. Apakah ciri-ciri keperibadian teman yang bertakwa itu?

1. Mereka yang mampu mempengaruhi kita ke jalan Allah. Orang yang berpandangan luas dan positif dalam hidupnya. Mengajak kita bangkit jika terjatuh, menyuluh jalan yang benar ketika anda bercelaru, mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan menjadi benteng kukuh di hadapan ketika kita melawan iblis dan syaitan. Imam al-Syafi’i berkata: ”Aku mencintai hamba-hamba Allah yang saleh, walaupun aku bukan termasuk dari kalangan mereka. Agar dengan itu aku mendapat pertolongan dari mereka. Dan aku membenci orang-orang yang barang dagangannya adalah maksiat, meskipun barang dagangan kami sama dengannya.”

2. Tidak mencari peluang mengaut keuntungan daripada anda.
Ramai orang yang membinasakan sahabat sendiri demi nafsu serakahnya. Ada yang bermadu dengan best friendnya sendiri. Ramai pula yang kena tipu dalam perniagaan angkara sahabat sejati. Antara kisah-kisah indah sebuah persahabatan yang terjalin pada zaman Rasulullah SAW ialah ketika Abdul Rahman bin ’Auf datang ke Madinah dalam peristiwa hijrah. Beliau ditawarkan oleh sahabat Ansharnya dengan dua tawaran hebat. Lelaki Anshar itu berkata: ”Wahai sahabatku di jalan Allah, mahukah kamu mengambil salah seorang daripada isteri-isteriku? Begitu juga dengan hartaku yang banyak ini, ambillah untuk memulai kehidupanmu di sini.” Abdul Rahman bin ’Auf menjawab: ”Allah akan membalas kebaikanmu, aku hanya meminta darimu satu permintaan sahaja dan setelah ini aku tidak akan mengganggumu lagi. Tolonglah tunjukkan di manakah pasar yang terbaik di sini? Aku akan memulakan perniagaanku dengan usahaku sendiri.” Beliau sama sekali tidak mengambil kesempatan dan memperguna kebaikan sahabatnya demi mengaut keuntungan sendiri.

Di manakah sahabat sejati? Anda pasti menemuinya jika anda ikhlas mencari mereka kerana Allah Taala. Sumber dari drjuanda.com
Menangi iPhone 4s kat sini
RAHSIA Buat Duit dengan FACEBOOK!!!


0 comments:

Post a Comment