Recent Post

Ombak Rindu Menggegar Panggung

Menangi iPhone 4s kat sini

Ombak rindu menggegar panggung .Tahniah buat pengarah Osman Ali kerana karya terbarunya, Ombak Rindu mencatat kejayaan besar dengan mencatat kutipan RM10 juta sejak ditayangkan 1 Disember lalu.

Ia satu kejayaan hebat kerana buat pertama kalinya filem genre drama mendapat sambutan penonton tetapi genre ini kurang mendapat perhatian produser dan pengarah kita. Mungkin dengan kejayaan Ombak Rindu akan mengubah senario ini.
Sekarang, filem Songlap ditayangkan di pawagam sejak Khamis lalu. Filem arahan suami isteri, Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak juga satu karya agak berbeza dengan filem yang pernah dihasilkan di negara ini kerana paparkan kisah pemerdagangan manusia - bayi dan gadis yang selama ini hanya sering kita dengar melalui berita akhbar dan televisyen.

Perlumbaan sihat pengarah kita dengan semangat mahu menghasilkan filem yang bagus dan memberi pilihan berbeza kepada penonton, seharusnya disokong sebagaimana usaha KRU Studios menghasilkan filem epik Hikayat Merong Mahawangsa. Songlap dikatakan satu filem yang berani yang mungkin tidak ramai yang punya keberanian untuk ketengahkan perkara ini.
Untuk mendapatkan skrip yang bagus yang bervariasi, karyawan kita juga mempunyai alternatif dengan mengangkat karya novel ke layar perak. Usaha ini memang dilakukan sejak dulu tetapi tidak banyak. Akhir-akhir ini, novel laris menjadi pilihan bermula Lagenda Budak Setan (LBS) dan kini Ombak Rindu.
Saya tertarik dengan karyawan negara jiran, Indonesia yang berani menghasilkan filem genre drama yang lebih menjurus kepada kisah agama dalam filem mereka. Antaranya Ayat-ayat Cinta dan Perempuan Berkalung Sorban.

Terbaru, karya hebat Hamka, Di Bawah Lindungan Kaabah diangkat ke filem oleh produser terkenal Indonesia, Dhamoo Punjabi dan Manoj Punjabi. Ini juga kali kedua novel ini dijadikan filem selepas versi pertama pada 1977 arahan Asrul Sani.

Untuk versi 2011, diarahkan Hanny R Saputra yang mengambilalih projek ini selepas terbeng kalai selama dua tahun. Ternyata filem ini punya kehebatan sendiri apabila menjadi filem paling mahal dihasilkan di Indonesia dengan kos RM10 juta iaitu RP25 bilion atau AS$3 juta. Dengan kos ini, mampu menghasilkan enam filem di Indonesia.

Difahamkan, kos untuk kostum saja mampu menghasilkan satu filem seram kerana berlatarkan tahun 20-an di Padang, Sumatera. Kos besar lainnya untuk membina set kampung dengan masjid seni bina tahun 20-an bagi disesuaikan dengan latarnya.

Ternyata pelaburan besar ini dipertaruhkan Indonesia untuk merebut Oscar pada Anugerah Academy ke-84 bersama 63 negara lain bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik. Juri Academy akan memilih lima filem terbaik yang akan diumumkan pada 24 Januari 2012 untuk majlis gemilang yang menjadi tumpuan sedunia pada 26 Februari nanti.

Ia juga bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana produser kita juga pernah melakukan hal sama apabila menghasilkan filem paling mahal di Malaysia, Puteri Gunung Ledang (PGL) dengan kos RM15 juta pada 2004. Filem mengangkat kisah cinta agung Puteri Gunung Ledang dengan Hang Tuah itu, dipertaruhkan di Academy pada 2005.

Apa yang membanggakan, karyawan Indonesia memilih filem berat mengenai agama yang diangkat daripada karya tokoh besar dan disempurnakan ke filem oleh Titien Wattimena. Ia ditayangkan di Indonesia pada 18 Ogos lalu dan saya berpeluang menonton versi penuh filem ini melalui YouTube, baru-baru ini.

Kisah cinta dua remaja, Zainab dan Hamid cukup menyentuh perasaan hingga tidak dirasai perjalanan waktu selama 110 minit menyaksikannya melalui I-Phone 4.

Ia mengisahkan percintaan Zainab daripada keluarga kaya dengan Hamid, anak miskin yang dibesarkan ibunya bekerja dengan keluarga Zainab. Hamid juga berjaya melanjutkan pelajaran dengan bantuan keluarga Zainab.

Bagaimanapun,  perbezaan  darjat menghalang cinta suci  mereka, malah ibunya  mengingatkan Hamid supaya tidak terus melayan perasaan cintanya kerana lagi tinggi harapannya, lagi besar kesakitan apabila terjatuh nanti.

Ia bukan hanya cinta terhalang kerana perbezaan darjat tapi persoalan besar mengenai isu agama apabila dalam satu kejadian, Hamid menyelamatkan Zainab daripada mati lemas di sungai. Dia melakukan bantuan pernafasan daripada mulut ke mulut dan perkara itu dianggap cukup memalukan masyarakat kampung terutama pemimpin agama. Apatah lagi Hamid lulusan sekolah agama dan mengajar al-Quran di kampung itu.

Para ulama berbincang  me ngenai hukuman setimpal atas perlakuan Hamid dan akhirnya ketua agama memutuskan Hamid diusir dari kampung. Pelbagai cabaran diterima Hamid apabila ibunya meninggal dunia dan Hamid memutuskan untuk merantau dan mencapai impiannya menunaikan haji di Makkah dan berdoa di hadapan kaabah.

Satu lagi filem genre drama yang diangkat daripada novel ialah Hafalan Shalat Delisa yang akan menjengah pawagam Indonesia pada 22 Disember ini. Filem  arahan Sony Gaokasak ini diangkat daripada novel karya Tere Liye yang diterbitkan pada 2007 mengenai tragedi tsunami yang melanda Acheh pada 26 Disember 2004.

Saya berpeluang menyaksikan treler filem ini yang begitu menarik mengenai anak kecil, Delisa yang agak berbeza dengan tiga kakaknya kerana tidak mahu bertudung dan malas solat hingga membimbangkan ibunya. Sebagai galakan, ibunya menghadiahkan kalung buat Delisa dan mahu anaknya berjanji untuk solat.

Delisa juga dimaklumkan solat itu perlu khusyuk. Ketika solat pertamanya, dengan penuh khusuk Delisa solat hingga tidak mendengar jeritan penduduk kampung mengenai amaran bahaya melanda. Tiba-tiba kampung mereka dilanda ombak besar tsunami yang mengorbankan ribuan nyawa dan melenyapkan kampung mereka.

Delisa terdampar di tanah tinggi, diselamatkan tentera penyelamat tetapi kakinya cedera hingga perlu dikorbankan. Bagaimanakah anak kecil ini menjalani kehidupan tanpa ibu dan tiga kakaknya di tempat yang begitu asing?

Satu lagi filem yang meng angkat isu agama dan baru ditayangkan di Indonesia pada 27 Oktober lalu ialah Kehormatan Di Balik Kerudung arahan Tya Subiyakto Satrio.

Satu lagi, filem Ummi Amina arahan Aditya Gumay mengenai kegigihan ustazah bernama Ummi Amina lakonan Nani Wijaya menyebarkan agama Islam melalui ceramahnya dan mengajar anak yatim membaca al-Quran. Filem ini bakal ditayangkan tahun depan.Petikan dari mymetro


Menangi iPhone 4s kat sini
RAHSIA Buat Duit dengan FACEBOOK!!!


0 comments:

Post a Comment