Recent Post

Puasa pengikat kasih keluarga

Menangi iPhone 4s kat sini

Sebagai seorang isteri pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri, apakah punca musnahnya kebahagiaan dalam keluarga? Jika suami tak serasi lagi, anak-anak pula pergi membawa diri, rumah yang semestinya menjadi tempat untuk merasai ketenangan jiwa justeru membakar hati dan perasaan penghuninya, maka siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?

Pada hakikatnya punca kesengsaraan itu adalah kerana mereka jauh dari Tuhan, lalai dengan kesibukan dunia dan hawa nafsu yang diturutkan. Untuk mengembalikan kebahagiaan jiwa, mereka perlu menegakkan agama dalam kehidupan keluarga sejak dari awal pembentukannya lagi. Keluarga yang menghiasi rumah mereka dengan ilmu agama, ibadah dan akhlak yang mulia akan merasai suburmya kasih sayang dan cinta kesan daripada amalan-amalan baik yang mereka lakukan.

Sesungguhnya cinta dan kasih sayang itu berasal dari rahmat Allah dan ia lebih baik daripada wang ringgit dan harta benda dunia. Sebagaimana firman-Nya di dalam surah Yunus ayat: 58 yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya, hendaklah mereka bergembira. Kurniaan Allah dan rahmat-Nya itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.”

Oleh itu sebagai ibu dan bapa yang beriman, belumlah terlambat untuk menyuburkan cinta dan kasih sayang dalam keluarga dengan cara menegakan agama dalam jiwa kita. Salah satunya adalah dengan berpuasa, sebagaimana sembahyang amat berkesan untuk rawatan sebarang penyakit hati yang menjadi punca sengsara di kalangan ahli keluarga.

Apakah fakta-fakta yang menunjukkan puasa boleh menjadi pengikat kasih dalam keluarga?

1. Puasa mengajar kesabaran

Puasa merupakan kaedah terbaik yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia untuk mengawal dan mendisiplinkan diri. Seterusnya melahirkan manusia tangguh yang cekal dengan ujian fizikal dan mental. Hidup berkeluarga sudah tentu mencabar kesabaran masing-masing ahlinya. Salah faham di antara ibu bapa dan anak ataupun suami dan isteri, abang dengan adik, mertua dan menantu sudah menjadi tabiat hidup yang mesti dilalui. Jika tidak ada sifat sabar dan menahan diri dari hasutan nafsu tidak mungkin hubungan kita dengan orang lain akan mulus. Orang yang berpuasa disuruh untuk diam jika marah dan sabar menahan gejolak nafsu.

Sebagaimana sabda baginda SAW yang bermaksud: “ Dan jika ada orang yang mencerca atau mengajaknya bertengkar maka hendaklah dia berkata: Sesungguhnya saya sedang berpuasa.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Bagaimana mungkin konflik dalam keluarga akan tercetus semasa kita berpuasa sedangkan kita wajib menjaga pantang larangnya? Bahkan kesabaran itu akan menumbuhkan sifat pemaaf dan toleran sesama anggota keluarga. Jelaslah bagaimana puasa boleh menyuburkan kasih sayang di dalam keluarga.

2. Puasa mengajar kelembutan

Orang yang berpuasa tidak mudah terbakar oleh amarah bahkan kerana puasa kita menjadi lebih lembut dari biasa. Suami lebih prihatin, isteri semakin halus sentuhan dan kata-katanya, anak-anak mudah ditundukkan dengan kasih sayang. Bahkan kelembutan itu bercambah hingga ke luar rumah, bukankah Rasulullah SAW adalah orang yang paling lembut hatinya melihat kedaifan fakir miskin? Begitu juga keluarga muslim yang mengikuti jejak sunnah Rasul SAW, mereka melazimi amalan sedekah kepada fakir miskin dan memberi hadiah kepada keluarga dan sahabat handai.

Saat berpuasa kita merasai apa yang dirasa fakir miskin, bagaimana seandainya makanan yang boleh dimakan sangat terhad? Bagaimana jika kita terpaksa mengalah dan bersabar dengan kesusahan? Hati orang yang berpuasa hendaklah bersih dari kejahatan dan maksiat. Suami isteri hendaklah saling bersangka baik, mahu mendengar nasihat pasangan tanpa rasa tersindir dan marah, anak-anak pula didekati dan dibimbing dengan lembut, suasana rumah semakin ceria kerana mereka lebih kerap meluangkan masa bersama-sama saat berbuka, bertarawih, bertadarus, bertahajud, bersahur dan menghabiskan masa di masjid. Aktiviti sebegini tidak dirasai pada bulan lain, satu lagi fakta tentang kesan puasa dalam melahirkan keluarga bahagia.

3. Puasa mentarbiyah ahli keluarga

Belum terlambat untuk memulai hidup baru dengan iman yang baru. Pintu masjid terbuka setiap malam, hanya orang yang tidak mahu masuk syurga yang tidak memanfaatkan saat-saat penuh berkat ini. Padamkan semua kisah silam yang penuh aib dalam hati sanubari kita, saatnya mengetuk pintu langit dan bersimpuh di hadapan Allah. Bukan sendiri tetapi bersama orang-orang yang kita cintai. Keluarga adalah kekuatan kita, tanpanya seseorang akan kehilangan arah tujuan hidup. Sebagai ibu bapa kitalah yang memegang kendali bahtera ini, belum terlambat untuk kembali ke jalan Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Mulakan dengan berpuasa bersama keluarga kemudian naiklah ke tangga-tangga keimanan yang bernama sembahyang, zakat, zikrullah, qiraatul Quran, sedekah, hati yang bersih, berakhlak Nabi, sehingga sampai satu kemuncak akhir bertemu Allah dengan jiwa yang ikhlas. Inilah fakta terpenting tentang kehebatan puasa dalam membentuk keluarga bahagia. Seumber dari drjuanda.com
Menangi iPhone 4s kat sini
RAHSIA Buat Duit dengan FACEBOOK!!!


0 comments:

Post a Comment