Recent Post

Koleksi Pantun Tahun Baru 2012

Menangi iPhone 4s kat sini

Berikut ialah beberapa kerat pantun yang saya dapat dari blog tehramuan.com, iaitu sebuah blog yang rata-rata setiap artikelnya pasti diselitkan dengan pantun yang diciptanya dari ikhlas hati pemilik blog tersebut.


Dan buat pelawat AbgCek, saya ucapkan selamat menyambut tahun baru 2012.

tahun baru datang lagi
lupakan saja tahun lama
orang jauh di bayang hati
orang dekat di bayang mata

———————————-

dua kosong satu dan satu
dua kosong satu dan dua
bahagia dapat isteri baru
jangan lupa emak mertua

————————————

selamat tinggal tahun dulu
tahun baru menjelang tiba
apa khabar pengantin baru
bila nak dapat cahaya mata

———————————-

habis koyak kalendar lama
kalendar baru pula keluar
nampak segak penuh gaya
hutang aku bila nak bayar

———————————-

tahun baru sudah tiba
tahun lama sudah pergi
leka hidup dalam dunia
ingatkan juga akan mati

Dari pemilik blog, Selamat Tahun Baru -decrewz.com
Menangi iPhone 4s kat sini
RAHSIA Buat Duit dengan FACEBOOK!!!


0 comments:

Post a Comment