Recent Post

Jangan takut berkenalan dengan STRESS!

Menangi iPhone 4s kat sini

Setiap insan pasti melalui pelbagai ujian getir dalam kehidupan. Tiada siapa yang terlepas daripada ujian walaupun dia seorang Rasul yang diutuskan dengan kesempurnaan peribadinya. Sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud: “Dialah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah yang paling baik perbuatannya.” (Surah al-Mulk: 2)

Untuk merasai kebahagiaan, manusia belajar menghindari sesuatu yang boleh mendatangkan mudarat pada dirinya. Dia belajar tentang perasaan tidak sihat yang menghantui emosinya. Rasa marah, jemu, putus asa, sedih dan murung merupakan energi negatif yang menghancurkan impian kebahagiaan setiap insan. Dari manakah ia datang? Mengapa ia muncul? Bagaimana menghindarinya?

Sebenarnya setiap kali kita mengalami tekanan perasaan kita sedang belajar untuk mengenali tekanan itu, kemudian berusaha mengawal dan akhirnya berwaspada daripada serangan yang akan datang. Begitulah mengurus stress bagi insan yang bijak!

Jom kenali aktiviti yang boleh mengundang stress:

1. Keletihan fizikal

Kerja di pejabat bersambung dengan kerja rumah, tak habis-habis, ada saja yang mesti diselesaikan. Sabar! Jangan terlampau memaksa diri melepasi batasan fizikal kita yang tak mampu menanggungnya. Masing-masing elemen jasad manusia mempunyai kapasitinya yang tersendiri. Fikiran, perasaan dan tenaga fizikal kita bagai mesin yang akan meletup bila bekerja tanpa rehat. Kalau lapar cepatlah makan untuk menambah tenaga, kalau letih, rehatkan diri dengan urutan atau mandian dengan haruman yang menenteramkan hati. Tidurlah dengan tenang walaupun sebentar, jangan dekati anak jika mood kita tak baik, kawal diri saat menghadapi anak yang bermasalah. Jika anda dah boleh kawal diri barulah boleh kawal anak-anak.

Cara pemakanan yang sihat juga mempengaruhi jiwa kita. Sihat dan bersih dari segi penyediaan dan cara mendapatkannya. Pastikan daripada sumber harta yang benar-benar halal. Untuk mengganti tisu badan yang rosak kita perlukan makanan yang seimbang. Jika tubuh badan segar dan sihat mudah bagi kita menyentuh hati sendiri dengan pujukan yang membawa kegembiraan. Ibadah pula tidaklah berat dijalankan kerana kita berada pada tahap kesihatan fizikal yang baik.

2. Kerap menonton televisyen

Mengapa menonton televisyen boleh mendatangkan stress? Bukankah ia satu cara menghiburkan diri? Betul, jika ia hanya sebagai alternatif sesaat dan tidak melampau. Tapi, jika 30% masa anda diisi dengan menonton televisyen saja dikhuatiri anda akan kehilangan masa untuk berkawan, menghadiri seminar atau kelas pengajian Islam, membaca buku, mencuba hobi baru dan aktiviti lain yang mendatangkan lebih banyak faedah. Sudahlah di pejabat menghabiskan masa yang panjang, takkan di rumah pun tak ada masa untuk meningkatkan ketrampilan diri? Stress kerap menyerang orang yang hidupnya tak berwarna, maksudnya mereka yang jumud apabila di rumah. Kalau dah asyik dengan drama atau filem, makanan dan minuman ringan, duduk-duduk melepak biasanya penyakit malas terus datang. Akhirnya tak sempat masak, kemas rumah, tengok-tengokkan anak buat kerja rumah mereka, bahkan nak belai suami pun terlepas akibat syok sangat dengan cerita yang tak habis-habis di televisyen. Bukankah ia menambah beban anda esok hari? Semua jadi tak keruan, datanglah stress akibat tidak disiplin.

3. Tak pernah puas

Ada yang menangis melihat seorang suami membimbing tangan isterinya berjumpa doktor di klinik, sementara suaminya pula tak pernah buat begitu. Ada pula yang mengemudi bahtera keluarga dengan mengikut di belakang pasangan lain. Mengikut kebaikan tak menjadi soal tetapi jika suka mengikut-ikut apa yang orang beli dia mesti beli, apa yang suami orang bagi suami dia mesti bagi, apa yang orang tunjuk dia mesti tunjuk, ini yang mendatangkan masalah.

Apa yang didapatnya sekarang semua tak elok baginya, tak pernah merasai kepuasan kerana semua serba tak bagus. Betulkah wanita lebih memiliki sifat tidak pernah puas berbanding lelaki? Itu bergantung kepada mentaliti dan cara pandang seorang manusia, tidak sesekali berkait dengan jantina. Penyakit tak pernah puas ini membawa kesedihan, celaru di minda, cemas di jiwa sebelum apa yang dihajati tercapai. Sayangnya apabila dah tercapai pun dianggapnya belum sempurna seperti yang didapat orang lain. Kita akan merasai lelah kerana terus mendaki kesempurnaan yang sama sekali tidak akan memuaskan kita, sampai akhirnya tanah kubur yang akan menutup segala impian kita.

Nak rumah batu tak cukup, mahu yang banglo, tak cukup satu mahu dua, tiga dan seterusnya. Dah dapat kereta nasional nak yang import dari luar. Ada isteri cantik dan sihat, nak yang lebih cantik dan seksi. Malangnya perkara ibadat tak begitu pula, kalau dunia tak puas-puas perkara ibadat cepat sangat puas hati. Dah derma seringgit, kira ok lah tu. Tak solat sekali-sekala takpe yang penting setahun sekali mesti solat hari raya.

Begitulah punca datangnya stress dalam hidup manusia. Jadi kenalilah sifat-sifatnya dan jauhi segera sebelum ia mendatangkan korban baru di rumah-rumah kesedihan milik orang-orang yang tak siuman. sumber dari drjuanda.com
Menangi iPhone 4s kat sini
RAHSIA Buat Duit dengan FACEBOOK!!!


0 comments:

Post a Comment