Recent Post

Air Keroh Di Sungai Selangor Jejas Pengeluaran Air Empat Loji Di Ijok - Syabas

Menangi iPhone 4s kat sini

Kira-kira tiga juta penduduk di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air jika kejadian kekeruhan air dari Sungai Selangor ke empat loji utama di Ijok di sini berterusan, kata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).


Empat loji rawatan air berkenaan ialah Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Loji Rawatan Air Rantau Panjang.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata kekeruhan luar biasa di Sungai Selangor kini menjejaskan pengeluaran air di empat loji berkenaan, yang membekalkan 60 peratus bekalan kepada penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.

"Kesemua loji berkenaan mengalami kekurangan pengeluaran air disebabkan kandungan kekeruhan luar biasa yang dikesan di muka sauk kesemua loji berkenaan mulai pagi ini.

"Jumlah pengeluaran air terawat di keempat-empat loji itu telah dikurangkan dari 2,460 juta liter sehari ke 1,000 juta liter sehari setelah mencatat kekeruhan luar biasa pada kadar lebih 6,000 NTU (Nephelometric Turbidity Unit) pagi tadi berbanding 300 NTU pada keadaan biasa," katanya ketika ditemui pemberita di Loji Rawatan Air SSP1 di sini, hari Isnin.

Abdul Halem berkata kejadian pencemaran air mentah seumpama itu amat membimbangkan pihak Syabas sekiranya pengurangan pengeluaran air dari loji rawatan air ini berterusan melepasi pukul 8 malam ini.

"Ia akan mengakibatkan gangguan bekalan air bersih kepada lebih kurang 700,000 akaun bekalan air atau kira-kira tiga juta pengguna di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur selain pengguna komersial dan industri," katanya.

Abdul Halem berkata sekiranya kadar kekeruhan turun kepada 2,000 NTU, pihak loji rawatan air boleh meningkatkan pengeluaran.

Beliau berkata pihaknya masih menyiasat punca pencemaran Sungai Selangor dan akan memaklumkan status terkini dari semasa ke semasa-Bernama
Menangi iPhone 4s kat sini
RAHSIA Buat Duit dengan FACEBOOK!!!


0 comments:

Post a Comment