Recent Post

PETUA ELAK CEPAT TUA

Menangi iPhone 4s kat sini


Setiap insan pasti akan hilang segenap kekuatan yang pernah dia miliki secara perlahan-lahan. Kita terpaksa akur dengan fitrah alam yang akan merenggut tulang-tulang kita menjadi rapuh, darah dan daging sudah tidak sesegar dulu lagi. Manakala rambut pula memutih dan kulit menjadi kering. Semuanya tidak lagi cantik dan menarik. Yang ada hanya tinggal kenangan. Begitulah bekas-bekas hasil perjuangan hidup. Jika kita telah sampai pada usia tua, salahkah memiliki semangat yang sentiasa muda?

Bagaimana kehidupan Rasulullah SAW pada usia tua?

Saat usia Rasulullah SAW menginjak 63 tahun, iaitu pada detik-detik terakhir hayatnya, baginda masih mengimamkan sembahyang berjemaah, mengajarkan ilmu, menyebarkan dakwah dan mengatur strategi penyebaran Islam ke luar Madinah.

Bayangkan ketika Rasulullah SAW dalam keadaan sakit, tua dan lemah, baginda masih bekerja bersungguh-sungguh untuk kemenangan Islam. Baginda juga masih menerima wahyu-wahyu yang merupakan titah perintah daripada Yang Maha Berkuasa.

Daripada Anas RA beliau berkata: ”Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla menurunkan wahyu kepada Rasulullah SAW sebelum wafatnya, sampai detik-detik terakhir, baginda masih sering menerima wahyu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hari-hari terakhir dalam hayatnya dipenuhi dengan semangat membara menghadapi hidup yang keras, perjuangan dan pengorbanan untuk agama Allah SWT.

Tetapi kini, sering kita melihat warga tua yang kalah dalam pertarungan emosinya sendiri. Baru saja masuk usia pencen sudah nampak slow, cepat sedih dan risau, tak mahu disentuh oleh pasangannya. Mula berpisah bilik tidur dan akhirnya tak peduli dengan dunia luar. Akibatnya diserang penyakit nyanyuk. Sungguh ironis jika keharmonian rumahtangga berakhir pada saat-saat seperti ini.

Anda dan suami akan tetap awet muda jika anda mengamalkan petua ini.

1. Jangan cepat risau dan sedih (depresi, stress dan seumpamanya)
Banyak penyakit yang biasa dialami orang tua seperti penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Semua itu memang merbahaya tetapi ada jenis penyakit yang tak kurang bahayanya iaitu depresi. Terlalu risau dan melayan perasaan sedih menjadi punca anda akan cepat kelihatan tua. Nikmati hidup anda dengan bergembira, walaupun banyak masalah yang anda dan suami hadapi setiap hari. Kalau dulu risau belum memiliki anak, kini risau menjaga anak, dah anak dewasa risau pula mencari menantu, dah ada menantu selalu tak puas hati dengan layanannya. Lalu hadirnya cucu-cucu juga menyumbang kepada tekanan perasaan anda. Memang takkan habis pun ujian di dunia ini. Hingga ke syurga nanti barulah kita akan berasa tenang dan damai.

Ubat bagi kesedihan adalah kesibukan. Tidak ada yang dapat mengalihkan rasa sedih anda kecuali anda berpindah dari keadaan yang menyiksakan itu ke dalam situasi yang lain. Aktiviti yang positif, kerja amal dan banyakkan ibadat diharapkan mampu menyibukkan diri anda.

2. Jangan malas beramal dan merasa diri tidak berguna.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: ”Setiap hamba akan dibangkitkan dari kuburnya sesuai dengan keadaannya ketika dia wafat.” (Hadis riwayat Muslim)

Iman tidak kenal usia pencen. Selagi kita bernafas ia wajib dijaga. Begitu juga dengan amalan saleh, tiada kata berhenti untuk beramal kerana kemuliaan manusia bukan terletak pada pangkat dan darjatnya, harta dan perhiasannya atau keturunan dan nasabnya. Ia akan dikenang kerana kemuliaan amal perbuatannya. Jika dia mati dalam keadaan semua orang yang mengenalinya merasa kehilangan dan sayang kepadanya, maka sesungguhnya dia adalah seorang yang betul-betul berpengaruh ke atas mereka. Pengaruh yang baik, bekas-bekas peninggalan yang baik, sejarah dan kenangan yang baik adalah termasuk amal yang saleh.

Hingga pada saatnya nanti, saat pertemuan antara hamba dengan Tuhan yang dikasihi, dengan reda anda menyatakan kalimah cinta ini:
”Wahai Tuhanku, saksikanlah tubuhku yang lemah, mata yang telah rabun, tulang-tulang ini, darah dan dagingku semuanya kupersembahkan kepada-Mu, mereka semua telah berjuang dan beribadah demi mendapat keredaan-Mu, Ya Allah. Bangkitkanlah mereka pada hari akhirat nanti dengan bekas-bekas perjuangan pada jalan-Mu.”

Jika Allah SWT menerima kita pada saat itu, rasanya tak perlulah kita berasa takut menjadi tua. Kerana uban dan kerepot itu adalah tanda saatnya kembali ke pangkuan Allah SWT. Menuju keabadian cinta dan reda-Nya. Wahai isteri-isteri salehah, genggam erat jari tangan kekasih-kekasih anda hingga ke akhir usia, tanpa suami di sisi, anda takkan mampu memiliki syurga dunia dan akhirat.-Dr Juanda Jaya
Menangi iPhone 4s kat sini
RAHSIA Buat Duit dengan FACEBOOK!!!


0 comments:

Post a Comment