Recent Post

LinDan idam Terbuka Malaysia

Menangi iPhone 4s kat sini

SELEPAS percubaan beberapa kali untuk 'menawan gelaran Terbuka Malaysia berakhir dengan detik kegagalan, juara dunia empat kali dan pemenang emas Sukan Olimpik, Lin Dan bertekad menamatkan badi itu dalam penampilannya kali ini.

“Saya akan cuba memenanginya kali ini. Ini sasaran saya,” katanya sejurus tiba bersama skuad China dari Seoul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam.
Lin Dan gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Korea selepas tumbang kepada kepada jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei, kelmarin diramalkan akan sekali lagi berentap sesama mereka di final Ahad ini.

“Keadaan saya dan Chong Wei kini ‘tenat’ kerana kami keletihan selepas banyak menghabiskan tenaga di Terbuka Korea. Namun, saya harap dapat mengembalikan kecergasan semula sekali gus mempamerkan aksi terbaik di sini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai faktor kekalahan kepada Chong Wei di Korea, Lin Dan mengakui dia kurang bernasib baik dan banyak melakukan kesilapan.

Lin Dan pernah mara dua kali di final Terbuka Malaysia pada 2005 dan 2006 tetapi tewas kepada Chong Wei. Lin Dan kemudian beraksi pada 2007 tetapi kecundang di pusingan kedua apabila tunduk kepada pemain Korea, Park Sung Hwan.

Namun, dia mencetuskan kontroversi tahun lalu apabila menarik diri daripada beraksi menentang Chong Wei di separuh akhir dengan alasan cedera di bahagian perut tetapi seminggu selepas itu dia menewaskan pemain negara itu di final Terbuka Korea.

Sementara itu, jurulatih Tey Seu Bock menegaskan kemenangan Chong Wei ke atas Lin Dan bukan kerana pemenang emas Sukan Olimpik itu beraksi di bawah tahap kemampuan sebenar.

“Memang Lin Dan banyak melakukan kesilapan pada set kedua dan penentuan, tetapi kesilapan itu disebabkan tekanan diberi Chong Wei. Saya tidak nampak Lin Dan beraksi di bawah tahap kemampuan sebenarnya,” katanya. -berita harian
Menangi iPhone 4s kat sini
RAHSIA Buat Duit dengan FACEBOOK!!!


0 comments:

Post a Comment